R0sakkan Majlis Kahwin Org, Makcik Baju Merah Minta Maaf. Rupanya Ini Jumlah Pengantin Yg Terlibat

Beberapa hari lalu, tular mengenai insiden majlis perkahwinan yang ‘rosak’ disebabkan oleh tindakan seorang makcik berbaju merah di sebuah majlis perkahwinan. Mana tidaknya, makcik berbaju merah itu seringkali menyelit setiap kali jurugambar ingin mengambil gambar dan video pengantin sehingga menimbulkan rasa kurang senang.

Difahamkan, bukan wanita itu sahaja menjadi mangsa, malah hampir 21 pasangan lain turut berdepan dengan pengalaman yang sama sejak tahun 2017 dengan individu yang sama.‘Mangsa’ tampil maklumkan pihak masjid dan masjid sudah mohon maafTerbaharu, wanita dikenali sebagai Zarah Yusoff yang merupakan mangsa terbaru makcik tersebut tampil memaklumkan bahawa isu tersebut sudah selesai.

Menurut Zarah, keluarganya serta pihak masjid dan makcik berkenaan telah mengadakan satu pertemuan bagi menyelesaikan isu tersebut. Dalam pertemuan tersebut, makcik baju merah itu telah pun meminta maaf atas kelakuan yang dilakukan olehnya ketika majlis berlangsung.

Dalam pada itu, Zarah berkata makcik itu berharap agar kesalahan yang dilakukannya itu tidak dikaitkan dengan ahli kariah masjid yang lain.Alhamdulillah, terbaik sis! Semuanya dah selesaiKhabar baik itu telah menerima pelbagai reaksi di mana ramai meluahkan kesyukuran kerana isu tersebut dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Lepas ni makcik tu fobia nak pergi majlis kahwin orang

About admin

Check Also

Baru Saja Dilantik Menteri Komunikasi Digital, Sekali Tweet YB Fahmi Buat Ramai Tak Senang

KUALA LUMPUR – Petang tadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuatnaik ciapan di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *