“Kami Tahu Kami Salah, Tapi..”- Ini Respon Nadya Syahera Selepas Majlis Bandaraya Ramp4s Barang Niaga Tepi Jalan

Pelakon Nadya Syahera kesal dengan tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang bersikap tidak adil dengan merampas barang perniagaannya di tepi jalan. Kata Nadya dia akui kesalahan yang dilakukan namun mempersoalkan mengapa hanya gerai buah-buahannya sahaja yang dirampas sedangkan terdapat peniaga tepi jalan yang lain yang berada di situ.“Kadang-kadang memang kesal betul dengan sesetengah pihak yang kurang berlaku adil dalam situasi-situasi begini.

Bukan tak puas hati sebab kena saman dan tak boleh meniaga tapi kesal sebab adil tu tak ada. “Kalau nak angkut (rampas barang niaga), biar semua kena. Khemah kami kena dan kedai mamak berhampiran kena angkut meja yang dilipat dan letak tepi tak guna pun, tapi tetap kena. pelik juga. “Kemudian gerai yang lain mungkin sekadar saman tapi barang tak dirampas seperti kami,” luahnya.Pelakon The Maid musim pertama itu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu dia memuat naik rakaman video saat barang perniagaan dia dan suaminya dirampas. Dalam pada itu, Nadya tidak menolak jika ada pihak yang cuba untuk bersikap tidak puas hati membuat laporan kepada pihak berkuasa. “Dan jika betul ada yang report tentang kami, kami okay je dan dah biasa kena pun. Cuma kalau Melayu cuba tindas Melayu. Kamu boleh kaya dunia akhirat ke guna cara macam ni,” persoalnya.

Yang ada kuasa, tak ada nak cakap selain tolong berlaku ADIL sahaja. Kami bukan sekali kena, ya tahu SALAH sebab meniaga tepi jalan dan tinggal barang jualan kt situ. Nak saman, nak rampas okay kami terima sebagai hukuman buat SALAH meniaga tepi jalan tu. Isu nya tadi, 1) meniaga tepi jalan dan simpan barang kt situ. 2) Menggaji pekerja asing. kata beberapa org MBSA yg dtg td, MBSA dapat report dan terus datang angkut semua peralatan jualan kami kecuali Buah-buahan kami.

Sejujurnya saya dan suami tak marah sebab kena rampas atau saman sebab mmg kami SALAH tp persoalannya kenapa dituju tuju sahaja nk rampas atau saman. Ada stall yg ditinggal tepi jalan tak diambil, ada yg menjual tapi tak semua peralatan dirampas sperti kami. Ada Khemah lain tak dirampas atas alasan ada org tempatan walaupun ada pekerja kosong disitu. Sedangkan kami, berulang kali disoal kenapa bg bangla jaga? kenapa bg warga asing jual sedangkan pekrja kami ada permit berbanding khemah lain.

 

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh NS (@nadyasyahera)

About admin

Check Also

Baru Saja Dilantik Menteri Komunikasi Digital, Sekali Tweet YB Fahmi Buat Ramai Tak Senang

KUALA LUMPUR – Petang tadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuatnaik ciapan di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *