Akui Masih Syg Bekas Isteri, Bad Indigo Terkejut Ashira Rupanya Dah Ada Kekasih Lain

Umum dah tahu bahawa pasangan penyanyi yang bertemu di pentas Gegar Vaganza iaitu Badrul Indigo dan Ashira telah pun berpisah.  Baru-baru ini Ashira dilihat bagaikan sudah ada penganti dan sedang rapat dengan seseorang. Melalui laporan dari portal Mstar, Badrul dilihat ada meluahkan rasa hatinya, setelah pengetahui bekas isteri sudah move on.

Ahli kumpulan Indigo berumur 47 tahun ini berkata, masih ada perasaan sayang terhadap Ashira walaupun sudah tidak bergelar pasangan suami isteri dan terkejut Ashira sudah bertemu cinta yang baru.  “Semasa kami melakukan video mengumumkan penceraian kami, saya pernah cakap yang masih sayangkan dia. Saya memang mahu melihat dia gembira dan dalam hati ini ada perasaan sayang dan harap boleh buat Ashira kembali jadi bahagia.”

Saya tidak mahu cakap banyak tentang hal itulah sebab takut mengganggu kebahagian orang lain. Kita ni kan hanya boleh merancang, Dia di atas yang tentukan semuanya.”   Dirinya kini sedang cuba move on, namun secara jujur Badrul Indigo akui hatinya masih belum pulih. Dia tetap reda dengan ketentuan dan tetap mendoakan kebahagiaan Ashira.  “Hati ini masih belum pulih sepenuhnya. Saya selalu doa kepada Illahi agar diri ini kuat.”

“Apa yang saya tulis di sosial media merupakan luahan hati apa yang dirasai.”  “Khuatir juga jika ada yang silap anggapan. Apapun ketika ini saya berusaha teruskan kehidupan dan doakan Ashira bahagia.”  Bercakap tentang mencari pengganti dan pasangan hidup yang baru, Bad Indigo memberitahu dia sedar dirinya dan tak mahu susahkan orang lain.

“Terus terang saya cakap, saya tak nak menyusahkan orang lain dengan keadaan diri saya ini. Oleh itu memang tiada terfikir nak cari jodoh.”  “Saya rasanya wanita pun akan fikir dua tiga kali bila tengok keadaan saya. Semuanya dah terbatas.” Sumber: mstar

About admin

Check Also

Baru Saja Dilantik Menteri Komunikasi Digital, Sekali Tweet YB Fahmi Buat Ramai Tak Senang

KUALA LUMPUR – Petang tadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuatnaik ciapan di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *