sedikt kata2 utk yg single..” Gembira baru selamat bernik4h, Ryan Bakery sempat bagi pesanan ini buat tetamu berdekah.

Selepas lima bulan bertunang, personaliti TikTok Ryan Fahmi Bakery selamat menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hatinya yang dikenali sebagai Elyia Ibrahim jam 11 pagi tadi. Menerusi tinjauan di beberapa platform, gambar dan video sekitar majlis pernikahan pempengaruh berusia 27 tahun itu mula dikongsi oleh pengguna media sosial.

Adik lelaki Ryan iaitu Adam Bakery juga memuat naik satu hantaran di laman Instagram mengucapkan tahniah atas pernikahan abangnya.Selamat pengantin baharu! Sementara itu, seorang pengguna aplikasi TikTok @multazamnasir yang diundang bagi menghadiri majlis tersebut sempat merakam ucapan daripada Ryan selepas bergelar suami.

Sedikit kata-kata untuk orang ‘single’. Menerusi video berdurasi 10 saat itu, Ryan dan isteri yang dilihat mengenakan persalinan serba putih meninggalkan pesanan ‘teruskanlah hidup walaupun tidak berguna’ dengan nada bergurau.

Melihat reaksi warganet di laman Twitter pula, rata-rata menyambut baik berita gembira itu sekali gus mengucapkan selamat pengantin baharu kepada Ryan.Bestnya! Tahniah. Teringat dialog video dia.Lelaki kelakar memang jadi pilihan.Korang pula bila nak kahwin?

 

Namun, tiada butiran lanjut seperti lokasi, mas kahwin atau hantaran berhubung majlis pernikahan tersebut. Apapun, selamat menjalani kehidupan rumah tangga buat Ryan dan pasangan!Sumber: Instagram Adam Bakery , TikTok @multazamnasir, omm

About admin

Check Also

Baru Saja Dilantik Menteri Komunikasi Digital, Sekali Tweet YB Fahmi Buat Ramai Tak Senang

KUALA LUMPUR – Petang tadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuatnaik ciapan di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *