Paknil Masih Kumpul Duit Sumbangan Utk Bantu Zamani Sebelum Pembed4han. Sekali Individu Ini Beli Beg Paknil Dgn Harga Tinggi

PENYANYI Dr Fitri Haris tidak berfikir panjang membeli sebuah beg tangan jenama Louis Vuitton berharga RM15,000 yang dilelong oleh Datuk Aznil Nawawi pada Konsert Doa Buat Zamani yang berlangsung pada malam Jumaat.

Fitri berkata, dia membuat pembelian itu kerana prihatin dengan keadaan Zamani selain berasa pilu melihat usaha bekas anggota kumpulan Slam itu menghiburkan peminat meskipun kesihatannya tidak memuaskan.

“Memang tak rancang pun nak beli beg tersebut. Saya datang menyaksikan konsert bersama isteri dan apabila Pak Nil (Aznil) membuka lelongan kami berbincang dan terus tergerak hati untuk membeli.

“Saya lihat sendiri bagaimana Zamani berusaha untuk menghiburkan peminat sepanjang konsert tersebut. Itu membuatkan saya berasa sebak dan pilu… apa yang saya berikan itu hanyalah sumbangan kecil untuk membantu,” katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.

Konsert yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur itu turut menampilkan penyanyi undangan seperti Datuk Ramli Sarip, Rahim Maarof dan Fauziah Latiff.

Menjadikan Zamani salah seorang idola dalam nyanyian, Fitri juga berharap dengan sumbangan itu dapat mendidik lebih ramai orang untuk berbuat kebaikan.

“Semua orang sayang Zamani dan dia juga memberi inspirasi kepada saya dalam dunia nyanyian. Mungkin bagi orang lain besar sumbangan tersebut, namun bagi saya ia tidak boleh dibandingkan dengan pengorbanan Zamani selama ini.

“Bukan soal jenama, kalau Pak Nil juala apa sahaja pun mungkin saya akan beli. Ini juga boleh mendidik saya dan orang lain untunk yakin bahawa jika kita memberi, lebih banyak rezeki akan datang,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Fitri memberitahu dia bersama kumpulan UNIC kini sedang giat membuat persiapan menjelang konsert mereka pada 8 Oktober ini di Zepp Kuala Lumpur.

Kata Fitri, pada konsert itu nanti, mereka menjanjikan pelbagai kejutan buat peminat yang telah banyak memberi sokongan kepada UNIC sepanjang 20 tahun terlibat dalam dunia seni.

“Syukur, persiapan konsert semua berjalan lancar. Kami harap malam itu nanti dapat mengimbau kenangan kepada peminat yang menokong UNIC selama ini.

“Pastinya akan ada kejutan buat peminat yang hadir pada malam tersebut,” ujarnya.

Sumber : MSTAR ONLINE

About admin

Check Also

Terima keputusan rakyat..” Yang di pertuan Agong Al sultan Abdullah baru balik, nak tengok siapa ada majorit

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan membuat keputusan berhubung pelantikan Perdana …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *