Giliran Emma Maembong Pula Kongsi Gambar Intim Dengan Suami – “Anak Ikut Bapak Ya Kuat Gigit”

Sebelum ini, pernah viral rakaman video anak kepada pelakon Emma Maembong, Shariq Gabriel yang dilihat menggigit ibu saudara, Cacha Maembong.

Menerusi video yang dirakam pada Hari Raya Aidilfitri itu, Shariq dilihat menggigit tangan Cacha yang pada waktu itu sedang bermaafan dengan Emma.

Hal tersebut bukan sahaja mengundang kekecohan, malah menyorot perhatian netizen. Menurut pengguna media sosial, kelakukan dan telatah Shariq menerusi video berkenaan itu sangat melucukan.

>Selepas beberapa bulan berlalu, sekali lagi netizen diingatkan pada video berkenaan apabila Emma membuat naik gambar mesra bersama suaminya Muhammad Shazli Azhar di Instagram.

Gambar berkenaan menunjukkan Shazli ‘mengokak’ dagu Emma dan tingkah laku suami pelakon itu ternyata mencuit hati netizen.

“Anak ikut bapak ya kuat gigit.”

“Tau dah mana anak dia dapat tabiat gigit orang… ikut pak dia rupanya.”

“Patut la anak ikot gigit.”

Dalam masa sama, ada juga yang memuji pasangan tersebut sebagai pasangan yang sweet dan romantis.

Emma dan suami mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan menyambut kelahiran Shariq pada 8 November 2020.

sumber:gempak

About admin

Check Also

Nanti dapat Pnyaklt? minta buat pmbed4han Netlzen tegvr berat badan, skali Ini ayat Padu Almy nadia

Sejak akhir-akhir ini, netizen memberi perhatian kepada perubahan fizikal pelakon berbakat besar, Datin Almy Nadia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *