Peminat kecewa, Elizabeth Tan kongsi foto romantis bercvmbu dengan suami

Selebriti cantik berbangsa Cina, Elizabeth Tan sentiasa menjadi sorotan warganet terutama golongan lelaki. Mana tidaknya, setiap posting daripada penyanyi berusia 29 tahun itu sering menerima komen ‘nakal’ daripada peminatnya.

Lizzy cium suami

Terbaharu, perkongsian Elizabeth atau mesra disapa Lizzy sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila dia dilihat memuat naik beberapa keping foto romantis mencium bibir suaminya, Dr. Siew Jim di laman Instagram.
Menerusi hantaran tersebut, Lizzy dilihat mengenakan gaun hitam yang kelihatan seksi sambil merangkul suaminya sebelum mereka berdua bercium.

Selain itu, turut kelihatan beberapa foto lain di mana Lizzy dan suami diibaratkan seperti watak utama K-drama.

Dalam pada itu, pelakon filem Abang Long Fadil 3 memaklumkan foto yang dimuat naik itu merupakan gambar pasca-perkahwinan mereka berdua selepas mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu.

“Post-wedding shoot dengan @strangephotostudio,”tulisnya di ruangan kapsyen.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Elizabeth Tan (@elizabethtan)

Frust I macam ni!

Perkongsian itu menerima banyak komen di mana ramai meluahkan kekecewaan apabila melihat Lizzy dan suami bercium romantis dalam gambar tersebut.

Sampai hati….

Malah, ada yang mengatakan lelaki dalam gambar tersebut seharusnya dilakukan oleh mereka dan bukannya suami Lizzy.

Nak unfollow lah

Tidak kurang juga, terdapat netizen mengatakan mereka mahu unfollow laman Instagram pelatun lagu Knock Knock kerana sangat kecewa melihat foto romantis tersebut.

Cantiknya, macam filem terbaharu pulak!

Pun begitu, ramai memuji kecantikan hasil foto tersebut yang dilihat saling tak tumpah seperti filem akan datang lakonan Lizzy atau nama sebenarnya Tan Su Mei.

Untuk rekod, Elizabeth Tan telah melangsungkan perkahwinan ringkas dengan Siew Jim  di sebuah gereja di Gombak pada Mac 2021.

Dia dan suami berkahwin tanpa menjemput sebarang media dan hanya 10 orang tetamu terdiri daripada ahli keluarga rapat.

Sumber: Instagram @elizabethtan

About admin

Check Also

“Tlada wanita mahu brcer4i tnpa sebab..” Diana Danielle datang mahkamah minta berpisah, Ini pula Balas Farid kamil

Pelakon Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil pada awal bulan ini. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *