Mia Ahmad dipanggil ‘makcik’ sebab labuhkan tudung -“Saya pakai kerana Allah”

Pelakon yang pernah membintangi drama Hati Perempuan, Mia Ahmad dilihat sudah jarang mucul di kaca televisyen sejak berumah tangga dengan pemain bolasepak pasukan Johor Darul Takzim 2 (JDTII), Izham Tarmizi.

Walau bagaimanapun, dia tetap aktif di media sosial dengan berkongsi perkembangan hariannya bersama keluarga bagi mengubati kerinduan peminat terhadapnya.

Penampilan Mia Ahmad kini juga kerap mendapat pujian kerana dia dilihat tampil memakai pakaian labuh serta menutup aurat.

Buat benda baik pun kena kecam

Namun, menerusi perkongsian terbaru pelakon tersebut di Instagram, dia memaklumkan yang ada sesetengah netizen mengatakan penampilannya yang bertudung labuh seperti makcik-makcik.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Mia Ahmad (@mia.ahm4d)

Bukan nak nampak baik

Namun begitu, menerusi ruangan kapsyen, Mia atau nama sebenarnya Samihah binti Ahmad Baderi memaklumkan apa yang dipakai adalah kerana Allah S.W.T.

Walaupun ada mulut jahat mengatakan apa yang dilakukan tidak akan kekal lama, namun apa yang dilakukan adalah untuk menjadi lebih baik bukannya mahu terlihat baik.

“Sorry, I dress for Allah…”

Ada yang cakap I takkan istiqomah.. ada yang cakap husband I takkan support. I kuatkan hati cuz I know I did the right thing. For the sake of Allah. I tahu I tak baik, I ubah cara pemakaian untuk jadi lebih baik bukan untuk nampak baik,” tulisnya.

Biar macam makcik asal aurat terjaga

Perkongsian yang dibuat oleh Mia Ahmad itu telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet. Rata-rata mereka meminta pelakon itu mengabaikan sahaja mulut-mulut jahat tersebut kerana apa yang dilakukan kini sangat baik.

Mereka juga mendoakan agar dia terus istiqomah dan terus melakukan perubahan yang baik untuk diri sendiri serta orang disekelilingnya.

Sumber: Instagram Mia Ahmad

About admin

Check Also

Ayah minta maaf nak..”- Lelaki Meraung, Anak, Isteri & Orang Tua Mnigg4l Dlm Kem4langn

Siapa sangka, kegembiraan sekeluarga untuk menyambut ulang tahun kelahiran ahli keluara tersayang diakhiri dengan tangisan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *