Jumpa Pak cik ‘tak down’, netizen terhibur gadis ini selamba tanya depan2

Tentu ramai yang mengenali dengan pemilik akaun Buruh Ladang ini apabila dia menjadi salah seorang pengguna aplikasi TikTok yang sangat popular disebabkan sering memberikan nasihat sehingga menjadi fenomena di aplikasi tersebut.

Malah antara nasihat yang popular juga kerana lelaki yang menggunakan dialek Pahang ini memberikan kata semangat buat sesiapa sahaja yang merasa down. “Aok (awak) tengah down ke tu? Lantak awaklah, down sorang sorang. Koi (saya) tak down. Koi ada pekerjaan.”

 

Meskipun dia yang dikenali warganet menerusi aplikasi tersebut namun ramai yang mulai mengenalinya di luar seperti seorang gadis ini yang mana muat naik videonya membuatkan ribuan warganet hadir.

Gadis berkenaan yang dilihat berjaya merakam video lelaki tersebut membuatkan ramai teruja melihatnya namun apa yang lebih menghiburkan juga disebabkan gadis ini sempat bertanya keadaannya dengan menggunakan tagline popularnya.

 

“Pakcik tak down hari ni, huhuhu saya terhibur dengan pakcik,” tulis pemilik akaun tersebut pula diruangan kapsyen dan dalam pada itu, video yang dikongsikan ternyata mengundang tawa warganet yang tidak menahan ketawa dengan telatah lelaki popular itu selain gelagat selamba gadis berkenaan menegurnya juga mencuit hati warganet lalu ditinggalkan lebih 800 reaksi diruangan komen.

sumber:tiktok

 

About admin

Check Also

Ayah minta maaf nak..”- Lelaki Meraung, Anak, Isteri & Orang Tua Mnigg4l Dlm Kem4langn

Siapa sangka, kegembiraan sekeluarga untuk menyambut ulang tahun kelahiran ahli keluara tersayang diakhiri dengan tangisan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *