Isu Ebit Lew, Menteri Agama minta orang ramai ‘tak menangguk di air keruh’

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad meminta  orang ramai untuk tidak menangguk di air keruh terhadap kes perbicaraan membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew, sehingga tanpa sedar memberi mesej buruk terhadap institusi agama.

Hormat perbicaraan sehingga selesai

Beliau juga berharap orang ramai khususnya di media sosial supaya menghormati proses mahkamah dan tidak mengulas kes perbicaraan terbabit.

Menerusi laporan dari Berita Harian, beliau khuatir ulasan terhadap kes perbicaraan membabitkan pendakwah itu yang sedang berlangsung  boleh menimbulkan rasa kurang senang terhadap mana-mana pihak dan imej agama Islam sedangkan ramai agamawan di luar sana berusaha membawa mesej agama kepada masyarakat dengan ikhlas.

“Saya menegaskan untuk tidak diulas kes perbicaraan ini sehingga menimbulkan rasa kurang senang terhadap mana-mana pihak dan imej agama.
“Saya mengambil peluang untuk mengingatkan semua rakyat Malaysia dan masyarakat umum, walaupun membabitkan insan dikenali, namun ia adalah kes yang sedang dibicarakan di dalam mahkamah.
“Perlu untuk kita menghormati proses mahkamah dan serahkan ia kepada pihak berkuasa untuk melaksanakan tugasnya,” katanya.

Pesanan kepada pendakwah diluar sana

Dalam pada itu, Idris turut menitipkan pesan kepada  semua pihak agar terus memegang akhlak dan ilmu ajaran agama terutama sekali buat para pendakwah dan public figure yang mempunyai pengikut yang ramai.

Tambah beliau,  kaedah fiqh ada menyebut bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dijatuhkan hukuman yang membenarkan kes yang berlangsung.

“Namun kita tetap tidak bersetuju dengan sebarang perlakuan yang bertentangan dengan undang-undang. Apatah lagi perlakuan yang menceroboh kehormatan diri. Jika berlaku jenayah, ia mesti dilapor kepada pihak berkuasa dan dibawa ke muka pengadilan.
“Jika sabit kesalahan, hukuman yang tegas perlu diberikan kepada pelakunya, tidak kira siapapun dia. Ini adalah kerana untuk memberi pengajaran kepada semua pihak.
“Biarlah kebenaran itu dibawa mengikut saluran yang tepat dan kita terus menjadi rakyat dan umat Islam yang bertanggungjawab dalam apa jua situasi supaya Allah menilai yang terbaik terhadap usaha kita sebagai seorang muslim,” katanya.

Perbicaraan kes Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim kini memasuki hari kedua yang berlangsung di Mahkamah Majistret, Tenom.

Pendakwah selebriti itu telah berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual yang dikaitkan dengan dirinya.

Sumber: Berita Harian (Suzalina Halid)

About admin

Check Also

Ayah minta maaf nak..”- Lelaki Meraung, Anak, Isteri & Orang Tua Mnigg4l Dlm Kem4langn

Siapa sangka, kegembiraan sekeluarga untuk menyambut ulang tahun kelahiran ahli keluara tersayang diakhiri dengan tangisan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *