“Pemanduan ketika itu agak laju..”- Achey Mohon Bantuan. Tak Sangka Ini Berlaku Ketika Dia Dlm Perjalanan

PELAWAK Achey memohon jasa baik orang ramai untuk memulangkan semula beberapa barang peribadi miliknya yang hilang dipercayai bertaburan selepas tempat simpanan di atas kereta miliknya pecah. Achey berkata, kejadian tersebut berlaku ketika dia dalam perjalanan dari Ipoh menuju ke Kuala Lumpur sebelum menyedari hal tersebut ketika tiba di Behrang, Perak.

“Semalam (Isnin) ketika dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur, tong tempat simpanan ini pecah dan terbuka. Kosong terus barang-barang di dalamnya. Mungkin terbang ketika kereta sedang bergerak. “Sampai di kawasan Behrang, baru saya tersedar… kalau ada yang terjumpa boleh hubungi saya di Instagram. Saya minta jasa baik orang ramai,” katanya.

Achey berkongsi perkara berkenaan menerusi hantaran di lnstagram miliknya pada Selasa sambil menunjukkan bahagian ruang simpanan yang pecah. Kata Achey, selain beg pakaian dan kasut, terdapat beberapa dokumen penting turut hilang akibat kejadian tersebut.

“Dalam ini (tempat simpanan) ada kasut, beg pakaian dan dokumen. Beg baju pun boleh terbang rasanya. Cuma yang penting adalah dokumen dalam plastik berwarna hijau yang saya letakkan di situ.

“Banyak barang berharga yang hilang,” jelasnya lagi. Perkongsian Achey itu turut mendapat perhatian banyak pihak yang meluahkan rasa simpati termasuk rakan artis seperti Datuk Fizz Fairuz, Atu Zero dan Rody Kristal. Achey juga tidak menolak kemungkinan barang-barang tersebut boleh terjatuh disebabkan pemanduannya ketika itu agak laju.

sumber:lnstagram

About admin

Check Also

Terkul4i lemah, ibu sedih b4yi 3 bulan ‘pergi’ hari pertama dijaga peng4suh

Lumrah bagi ibu bapa yang bekerja akan menghantar anak-anak mereka pengasuh disebabkan kekangan masa dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *