Kes culik berleluasa, rakyat minta pihak berkuasa jangan jadi ‘tunggul’ -“Ambil tindakan!”

Sejak kebelakangan ini, kes penculikan melibatkan kanak-kanak semakin berleluasa dan ia telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat terutamanya ibu bapa.

Bahkan, baru-baru ini juga tular di laman sosial surat peringatan dari sebuah sekolah di Kelantan yang memaklumkan agar ibu bapa sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga berikutan kes culik dalam kalangan murid-murid sekolah kini menjadi-jadi.

Dalm surat tersebut, beberapa peringatan dikeluarkan oleh pihak sekolah dengan mengambil langkah sewajarnya bagi menggelakkan perkara yang tidak diigini berlaku kepada anak-anak seperti menghantar dan mengambil anak di sekolah tepat pada waktunya.

Bukan itu sahaja, ibu bapa juga diingatkan agar sentiasa memberi pesanan kepada anak-anak mengenai keselamatan diri sendiri dan bekerjasama dengan pihak sekolah jika berlakunya sesuatu kes.

Risaunya dengan keselamatan anak-anak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan kerisauan mereka dengan keselamatan anak apabila tiada di sisi tidak kira di mana jua sekalipun.

Pihak berkuasa kena ambil tindakan!

Bukan itu sahaja, netizen turut meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menangani kes penculikan dalam kalangan kanak-kanak yang kian berleluasa pada masa ini.

Sumber: TikTok @megatrizalOMASinar Harian (Hazelen Liana kamarudin)

About admin

Check Also

Terkul4i lemah, ibu sedih b4yi 3 bulan ‘pergi’ hari pertama dijaga peng4suh

Lumrah bagi ibu bapa yang bekerja akan menghantar anak-anak mereka pengasuh disebabkan kekangan masa dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *