Terima kejutan rakan sekerja, hasrat Nabil sambut ‘birthday’ bersama anak yatim tercapai

Pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad menerima kejutan daripada rakan sekerjanya di Era FM untuk menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-39 tahun bersama anak-anak yatim di Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @Era.je di laman TikToknya, Nabil kelihatan terkejut apabila lagu hari lahir diyanyikan oleh anak-anak yatim tersebut selepas penutup matanya telah dibuka.

Difahamkan, Nabil yang juga merupakan penyampai radio Era FM telah lama menyimpan hasrat untuk menyambut hari lahirnya di Rumah Amal Limpahan Kasih.

“Alhamdulilah, hari ini kami tunaikan hajat Nabil nak sambut hari jadi bersama adik-adik dari Rumah Amal Limpah Kasih, Puchong. Kita semua nak kongsi rezeki dengan adik-adik ini,” coret ringkas di ruangan kapsyen.

Selamat hari lahir Nabil!

Bukan itu sahaja, ramai juga berbangga dengan perubahan yang dilakukan oleh pelawak yang berusia 39tahun itu untuk menjadi seorang muslim yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Malah, mereka turut menitipkan ucapan selamat hari lahir buat Nabil malah, mendoakan agar urusannya dipermudahkan selalu serta bahagia di dunia dan akhirat.Sumber: TikTok @era.je

 

About admin

Check Also

Terkul4i lemah, ibu sedih b4yi 3 bulan ‘pergi’ hari pertama dijaga peng4suh

Lumrah bagi ibu bapa yang bekerja akan menghantar anak-anak mereka pengasuh disebabkan kekangan masa dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *