“Masih Ada Artis Yang Cintakan Ulamak…,” – Ziarah Masjid & Pusara Almarhum Tok Guru Nik Aziz, Jep Syukur Hajat Tercapai

Bersempena program Jelajah Bola Sinar di Kelantan hujung minggu lalu, pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu bersyukur kerana sempat menziarahi pusara agamawan dan tokoh politik, Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Tanah Perkhuburan Islam Pulau Melaka, Kota Bharu.

Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama lengkap Muhd Nadzri Zainal Abidin, 37 ini memaklumkan dia sebenar sudah lama berhajat untuk menjejakkan kaki di tempat bersejarah tersebut.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Jep Sepahtu (@jepsepahtu)

“Alhamdulillah hajat tercapai. Al-fatihah buat yang disayangi ramai Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Al-fatihah,” tulisnya.

Ketika di pusara, Jep yang turut ditemani rakan pelawak, Rahim dan Ilya turut dilihat meluangkan masa untuk bertafakur dan manjatkan doa buat Almarhum Tok Guru Nik Aziz.

Pada masa sama, suami kepada pelakon, Sari Yanti ini juga sempat melawat masjid yang dibangunkan oleh arwah Tok Guru sambil disertai oleh anaknya yang juga merupakan Ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Aziz.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menzahirkan menzahirkan rasa sayu dan meluahkan rasa rindu terhadap almarhum Tok Guru Nik Aziz.

“MasyaAllah, hayat dan kematiannya. Kesederhanaan yang terpapar. Insafnya rasa.

“Alhamdulilah, masih ada artis yang cintakan ulamak. Semoga hidup kita menjadi satu keberkatan di dunia dan akhirat.

“Good job Jep. Kalau sesiapa melawat Kelantan, jangan lupa singgah pusara Tok Guru.

“Sedih tengok video ni. Al-Fatihah Tok Guru Nik Aziz,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Setakat ini, video yang dikongsikan oleh Jep itu telah pun meraih 1 juta tontonan di laman Instagram.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Jep

About admin

Check Also

Terkul4i lemah, ibu sedih b4yi 3 bulan ‘pergi’ hari pertama dijaga peng4suh

Lumrah bagi ibu bapa yang bekerja akan menghantar anak-anak mereka pengasuh disebabkan kekangan masa dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *