Hadir GV9, Sharnaaz & Shila teruk dibahan Kak Lina -“Kadang2 malu boleh jadi balik”

Penampilan pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad yang hadir ke program realiti Gegar Vaganza musim kesembilan semalam ternyata meraih perhatian netizen selepas dia menerima usikan manja daripada pengacara, Elly Mazlein bersama bekas kekasihnya, Shila Amzah.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna @Affendy Jailani di laman TikToknya, kelihatan Sharnaaz sedang duduk bersebelahan dengan aktres Emma Maembong sambil memakai cermin mata berwarna hitam.

Dalam video itu, sebaik sahaja penyanyi popular, Shila Amzah selesai memberi persembahannya pada minggu kedua, Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina menggunakan peluang yang ada untuk memberi usikan kepada kedua selebriti tersbeut,

“Sharnaaz datang tak akan nak tengok Kak Lina kan? Shila okay? Kadang-kadang malu itu boleh jadi balik,” usik Kak Lina disertai dengan sorakan penonton yang hadir.

Netizen terhibur

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan usikan yang diberikan oleh Kak Lina kepada kedua-dua selebriti tersebut dan menyifatkan situasi tersebut akan lebih hura-hara jika Nabil turut berada pada ketika itu.

Kalau ada jodoh tak kemana kan?

Bukan itu sahaja, netizen bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Kak Lina dan mendoakan agar kedua-dua selebriti itu dijodohkan semula.

Sumber: TikTok @Affendy Jailani 

About admin

Check Also

Terkul4i lemah, ibu sedih b4yi 3 bulan ‘pergi’ hari pertama dijaga peng4suh

Lumrah bagi ibu bapa yang bekerja akan menghantar anak-anak mereka pengasuh disebabkan kekangan masa dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *