Gelar Khairul Aming sebagai berhala, dakwaan individu ini bikin ramai bengang!

Influencer dan usahawan terkenal, Khairul Aming telah berkongsi perjalanan kehidupannya daripada zaman belajar sehingga berjaya menjadi seorang ahli perniagaan ternyata memberi inspirasi kepada orang ramai.

Pun begitu, baru-baru ini,  kecoh pula di laman sosial, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @insan kamil mendakwa Khairul Aming sebagai berhala yang disembah ramai telah mengundang kritikan dan reaksi daripada netizen.

Katanya, pada ketika ini ramai yang menyembah Khairul Aming dan perkara tersebut perlu dijauhkan kerana ia merupakan berhala ciptaan Taghut yang melalaikan manusia.

Bahkan, dia turut mendakwa golongan yang menyembah infuencer tersebut tidak akan mendapat apa-apa manfaat dan menegaskan Allah sahaja yang mampu menyelamat dan melindungi hambanya.

Jelas sangat tidak bijak dia ni

Susulan itu, rata-rata netizen menyelar kenyataan tidak masuk akal  yang dilemparkan oleh individu tersebut dan menggelarkannya sebagai ‘kurang bijak’.

Abang ada ambil barang terlarang ke?

Bukan itu sahaja, netizen turut menyifatkan individu tersebut telah mengambil sesuatu yang tidak baik sehingga menyebabkan dia berfikiran tidak logik mengenai Khairul Aming.

Tegas netizen, Khairul Aming hanya dijadikan sebagai idola dan contoh yang baik memandangkan dia sudah banyak mencipta kejayaan dalam kehidupan pada usia masih muda.

Sumber: Twitter @khalids

About admin

Check Also

Terkul4i lemah, ibu sedih b4yi 3 bulan ‘pergi’ hari pertama dijaga peng4suh

Lumrah bagi ibu bapa yang bekerja akan menghantar anak-anak mereka pengasuh disebabkan kekangan masa dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *