Terpaksa jalani pemb3dahan buang cyst, Almy Nadia disahkan h4mil lu4r rah1m

Baru-baru ini, perkongsian pelakon berbakat besar, Datuk Fizz Fairuz mengenai perkembangan isterinya iaitu Datin Almy Nadia menarik perhatian ramai apabila jelas kelihatan mereka berada di sebuah hospital.

Memetik portal mStar, Fizz memaklumkan isterinya terpaksa menjalani pembedahan selepas disahkan memiliki ketumbuhan cyst dan juga mengandung di luar rahim.

Maklum Fizz,  ketumbuhan itu dikesan selepas Almy dimasukkan ke dalam hospital bagi menjalani menjalani pemeriksaan doktor pada petang Jumaat.
Almy masuk bilik pembedahan pada pukul 6.30 petang tadi (Sabtu). Doktor kata ada cyst berdekatan dengan rahim dia,”ujar aktor berusia 43 tahun.

Fizz berkata, cyst tersebut perlu dibuang cepat kerana takut pecah. Jadinya, doktor mencadangkan kepada mereka untuk menjalani pembedahan dengan segera.

Dalam pada itu, aktor kelahiran Raub, Pahang itu memberitahu keputusan untuk membuat pembedahan itu dibuat pada pagi Sabtu selepas mengetahui keputusan laporan ujian darah.

Katanya lagi, pembedahan itu perlu dibuat dengan segera kerana risau kerana ia berkemungkinan boleh memberi kesan kepada tahap kesihatan dan kandungan bayi yang sedang dikandung oleh isterinya itu.

“Sekarang ini, dia kena buat pembedahan secepat mungkin sebab nanti akan menganggu kandungan jika hamil kemudian hari. Dia mengandung sebenarnya tapi di luar rahim.

“Ada cyst yang menganggu, kena buang dengan cepat dan kandungan luar rahim itu pun kena buang juga sebab takut pecah,”jelas Fizz.

Selain itu, Fizz juga memaklumkan kesihatan isterinya itu kurang baik serta mengalami lemak tubuh badan sejak kebelakangan ini.

Almy juga menunjukkan simptom seperti cirit-birit, demam, sakit perut dan lemah.

Sekadar info, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 dan dikurniakan empat orang cahaya mata perempuan.

SUMBER : OMM, INSTAGRAM

 

About admin

Check Also

Terkul4i lemah, ibu sedih b4yi 3 bulan ‘pergi’ hari pertama dijaga peng4suh

Lumrah bagi ibu bapa yang bekerja akan menghantar anak-anak mereka pengasuh disebabkan kekangan masa dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *