“Mungkin tak ada majl1s tunang..”- Syafiq Kyle, Mimi Lana n1kah tahun depan

Pelakon Syafiq Kyle mengumumkan dirinya bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi dengan kekasih hatinya yang juga seorang selebriti, Mimi Lana.

Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak berkata, dia sudah bersedia untuk bergelar seorang suami dan majlis pernikahan tersebut dijangkakan bakal berlangsung pada tahun depan.

“Sebenarnya, saya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga pada usia begini,”ujar aktor berusia 30 tahun ini.Dalam pada itu, Syafiq mendedahkan mereka mungkin tidak akan mengadakan majlis pertunangan kerana mahu terus bernikah dan melunaskan perkara wajib seperti tuntutan agama.

Dikesempatan itu, Syafiq menafikan khabar angin yang mengatakan mereka berdua bakal bernikah sekitar tahun ini.

“Bagaimana nak nikah pada hujung tahun jika tiada persiapan dilakukan? Saya belum ‘tempah’ tok kadi pun untuk majlis tersebut
“Setakat ini, kami masih ada tarikh yang tetap kerana perlu menyelesaikan beberapa komitmen kerjaya sendiri terlebih dahulu.
“InsyaAllah, kami tak akan berahsia apabila tarikh sudah ditetapkan nanti,” ujarnya.

Terdahulu, pasangan popular itu dikhabarkan bercinta selama lima tahun sebelum dikatakan putus pada Mei 2020.

Namun, mereka dilihat seolah-olah kembali menjalinkan hubungan cinta menerusi beberapa perkongsian di laman Instagram masing-masing.

kredit: OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

 

About admin

Check Also

Ayah minta maaf nak..”- Lelaki Meraung, Anak, Isteri & Orang Tua Mnigg4l Dlm Kem4langn

Siapa sangka, kegembiraan sekeluarga untuk menyambut ulang tahun kelahiran ahli keluara tersayang diakhiri dengan tangisan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *