Belanja minyak petrol ‘free’, Caprice mohon maaf jadi punca kesesakan jalan raya

Penyanyi rap sensasi, Caprice atau nama sebenarnya Aris Ramli tampil membuat permohonan maaf kepada semua pengguna jalan raya terlibat kerana telah menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Difahamkan, penyanyi berusia 34 tahun itu memberi minyak petrol secara percuma buat orang ramai di stesen minyak Petronas Jalan Jelatek II, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur, semalam.

Caprice mohon maaf, tak sangka ramai serbu & jalan jadi sesak

Menerusi video dimuat naik di laman Instagram, Caprice menyatakan dia tidak menyangka stesen minyak tersebut diserbu ratusan orang ramai yang mahu mengisi petrol secara percuma seperti diberitahu beberapa hari lalu.

“Pertama kali saya ingin memohon maaf kepada pengguna jalan raya di sekitar Titiwangsa, Setiawangsa, Keramat sehingga ke Ampang kerana berlaku kesesakan teruk hari ini (semalam).
“Saya sendiri tak sangka suasana menjadi kecoh dan havoc sehingga berlaku kesesakan yang teruk sehingga ke KLCC,”ujar Caprice.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)


Tambah Caprice, pihaknya masih tidak mampu mengawal kesesakan jalan raya walaupun dibantu oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan polis.

“Sebagai penganjur, saya mohon maaf,”katanya lagi dalam video dimuat naik dalam Instagram.

Sambutan menggalakkan sampai terpaksa menutup stesen minyak buat sementara waktu

Caprice atau turut dikenali dengan panggilan Daddycap berkata, pihaknya terpaksa menutup buat sementara stesen minyak tersebut selepas kehabisan petrol untuk diberikan kepada pengguna jalan raya yang masih beratur menunggu giliran.

“Selepas kehabisan petrol, kami terpaksa menutup stesen minyak buat sementara waktu walapun masih ramai yang beratur,”jelasnya.

Dalam pada itu, pelatun lagu berjudul Xde Hal Bro turut berkongsi rasa bersalah apabila mendapati ramai pengguna jalan raya yang terdiri daripada kakitangan kerajaan seperti askar dan jururawat tidak berpeluang mengisi minyak walaupun sudah beratur berjam-jam lama.

“Saya perasan ramai pengguna dalam kalangan kakitangan seperti askar dan jururawat yang beratur tidak dapat mengisi minyak walaupun telah lama beratur.
“Saya rasa bersalah sebab keluarga saya juga merupakan kakitangan kerajaan. Ibu saya merupakan seorang jururawat dan ayah saya pula bertugas di Wisma Putra. Saya rasa teruk sangat,”luah Caprice.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Sebagai tanda menebus kekesalan itu, penyanyi itu mengatakan dia mahu menganjurkan sekali lagi pemberian petrol percuma khas untuk kakitangan kerajaan di Kuala Lumpur yang akan diumumkan kelak.

Selain itu, Caprice juga memberitahu dia akan hadir ke Pulau Pinang pada minggu hadapan bagi tujuan tersebut.

“Saya mahu buat sekali lagi pemberian petrol secara percuma khas untuk kakitangan kerajaan sahaja di Kuala Lumpur (akan diumumkan kemudian) dan di Pulau Pinang untuk semua orang pada minggu hadapan. Insya-Allah.
“Doakan pasukan saya dapat beri macam-macam barang untuk belanja rakyat,” katanya.

Terdahulu Caprice memberitahu dia memperuntukan sebanyak RM10,000 untuk orang ramai mengisi minyak petrol secara percuma dan memberikan  hadiah kepada 10 pelanggan terawal berupa topi, kasut dan beberapa barangan edisi terhad yang lain.

Sumber: Instagram @capricedaddycap

About admin

Check Also

Ist3ri dah berhijab, Usop beri resp0n – “Saya mula n1kmati hidup jadi su4mi..”

Baru-baru ini, penyanyi Usop meluahkan kegembiraan apabila isterinya Teha Hashim tampil dengan imej baharu mengenakan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.