Beberapa hari lalu tular dengan satu kisah seorang remaja yang dakwa dipukul bapa tiri ketika melawat ibunya. Video suara yang menjadi perhatian ramai itu meramkan luahan si anak perempuan ini yang sangat sedih membuatkan ramai turut meruntun jiwa.
Bukan sekadar rakaman sahaja, gadis ini turut berkongsikan beberapa foto wajahnya yang lebam dan tercedera akibat kejadian tersebut. Difahamkan remaja berusia 19 tahun ini sudah pun membuat laporan polis selepas kejadian berkenaan.
Dalam rakaman yang tular itu kedengaran suara gadis ini mempertikaikan perbuatan lelaki tersebut. “Hang tak malu ka? Aku baru hidup 19 tahun, hang dah hidup 40 tahun lebih. Malu! Aku tak mengaku hang bapak aku,”
Berikut adalah rakaman penuh dakwa dipukul bapa tiri dengan lengkap suara anak gadis ini yang telah dimuat naik semula menerusi akaun TikTok tersebut:
Tiada siapa yang mahu kehidupan penuh pancaroba, apatah lagi bila ia berkaitan dengan ibu dan bapa sendiri. Namun harapnya dengan pendedahan ini dapat mempercepatkan tindakan pihak berkuasa.
Lebih sebak apabila gadis ini mula meluahkan yang lelaki itu tidak layak digelar bapa dan manusia. Malah si ibu yang tidak melindungi anaknya itu turut membuatkan suasana lebih sedih.
Apa-apa pun orang ramai berada di pihak adik ini dan mendoakan supaya dia sentiasa dilindungi. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen:
“Cepat la bantu sebelum berlaku perkara yang tidak diingini”
“Ya Allah kau beri dia kekuatan untuk menempuhi segala ujian ini”
“Ya Allah tak tahan menangis saya bila dia cakap mak kandung dia tu. Kesiannya dia”
“Kalau dah bukan darah daging..Berjanjilah semanis manapun sebelum kawin. Tetap tak kan ada rasa sayang kat anak tiri tu..Sebab tu ramai orang pilih single je lepas cerai”
SUMBERTHEMERDEKATIMES