Dah lama rancang bisnes, Zul Ariffin bakal menetap di Mekah

Pelakon popular Zul Ariffin memaklumkan, dia akan berhijrah dan menetap di Tanah Suci Mekah sebelum memulakan perniagaan di sana sekitar awal tahun depan.

Menurut laporan mStar Online, pelakon berusia 36 tahun itu berkata, ini adalah waktu terbaik untuk dia menjalani perniagaan tersebut namun tetap akan berulang-alik ke Malaysia.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh zul_ariffin (@zul_ariffin)

“Sekarang ini dalam proses untuk pindah. Saya akan ke sana bermula Januari untuk urusan perniagaan. Memang menetap di sana, tapi pastinya akan akan sering kembali ke Malaysia.
“Sebenarnya sudah lama rancang perniagaan ini dan akhirnya ia terjadi. Justeru itu ia memerlukan saya untuk tinggal di sana.
“Bukan hanya di Makkah, saya juga akan travel ke banyak negara selepas ini,” kata pemilik nama Zulkifli Ariffin itu.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh zul_ariffin (@zul_ariffin)

Bercerita lanjut, pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu mengakui teruja bagi menjalani fasa baharu selain sudah bersedia berdepan cabaran sebagai ahli perniagaan.

“Saya kenalah imbangkan antara kerja di sana dan kerjaya seni di Malaysia. Saya tidak akan perlahankan kerjaya sebagai pelakon.
“Malah sudah ada banyak perancangan yang telah dibuat bersama pihak pengurusan. Sekarang ini industri seni semakin rancak selepas tempoh pandemik.
“Sambutan terhadap filem di pawagam, juga semakin bertambah baik. Rugilah kalau saya perlahan kerjaya seni.
“Saya amat teruja walau tahu akan jadi penat. Bagi saya ia adalah sesuatu yang bagus kerana masih lagi produktif walaupun penat,” ujarnya.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh zul_ariffin (@zul_ariffin)

Terdahulu, dia meluahkan kesyukuran selepas selesai menunaikan ibadah umrah menerusi beberapa perkongsian di laman Instagram miliknya.

Dalam perkembangan lain, Zul muncul dalam sebuah filem seram berjudul Talbis Iblis yang bakal ditayangkan di pawagam pada 20 Oktober depan.

Sumber: mStar Online (Farol Hadi) , Instagram Zul Ariffin

About admin

Check Also

Isu Ebit Lew, Menteri Agama minta orang ramai ‘tak menangguk di air keruh’

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad meminta  orang ramai untuk …

Leave a Reply

Your email address will not be published.