“Ingat Makcik Mana.. Pakai tudung sarung..” Penampilan biasa Iofa di gelanggang futsal curl perhatian

Nama selebriti dan usahawan tersohor, Noor Neelofa tidak asing lagi dalam ‘bualan’ ramai warganet. Setiap apa yang dilakukan oleh aktres berusia 33 tahun itu pasti sahaja menjadi perhatian terutama teka-teki melihat wajah anak lelakinya, Muhammad Bilal. Neelofa turun padang support suami main futsal. Terbaharu, tular di media sosial apabila seorang individu berkongsi sebuah video memaparkan pelakon itu berada di sebuah gelanggang futsal.

Bagi memberikan sokongan kepada suaminya, Haris Ismail bermain pada malam itu menarik perhatian ramai. Menerusi video dimuat naik oleh pengguna dikenali @seorangnur, dilihat Neelofa hadir mengenakan baju t-shirt berwarna merah dan bertudung sarung sambil menjinjit beg berjalan di samping suaminya. Dalam perkongsian berkenaan, Neelofa berseloroh dengan mengatakan kehadirannya menonton dan memberikan sokongan kepada suaminya adalah berbayar.

“Kau rasa? Dibayar tau…”seloroh Neelofa apabila ditanya mengenai kehadirannya pada malam itu. Macam cikgu PJ kat sekolah aku… Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana rata-rata mereka berpendapat penampilan Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor adalah saling tidak tumpah seperti guru Pendidikan Jasmani (PJ) yang turun ke padang.

Untuk rekod, Haris dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu. Hasil perkahwinan, pasangan popular berkenaan dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu. Namun, atas sebab mengelakkan penyakit ain, wajah Bilal masih belum didedahkan kepada umum sehingga hari ini. Susulan ini, Selebriti berniqab terkenal Neelofa tampil menafikan foto bayi tular dalam TikTok yang didakwa ramai sebagai anak lelakinya, Muhammad Bilal.

Foto yang tular sejak semalam dalam aplikasi TikTok mengundang 1,001 tanda tanya ramai apabila ada yang mendakwa bayi lelaki comel itu sebagai Bilal. Tidak berdiam diri, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 33, menjelaskan kanak-kanak lelaki yang didukung oleh seorang wanita dalam foto tersebut bukan anaknya. “Maaf semua, ini bukan Bilal tetapi comelnya masya-Allah,” komennya ringkas pada hantaran tersebut. Sumber Ohmy media.

About admin

Check Also

Puteri Sarah Tak Rela Bermadu, Ulas Lakonan Jadi Isteri Tua Tiada Kena Mengena Dalam Hidup

Membawakan watak isteri pertama menerusi naskhah teater Maduku Terpaling Kalut, Puteri Sarah Liyana menegaskan karakter …

Leave a Reply

Your email address will not be published.