Wanita kantoi curang, lelaki sebar video ‘makwe’ bercumbu dengan aktor kacak

Sejak semalam, tular di media sosial satu video seorang lelaki dikatakan mirip aktor terkenal sedang berhibur di kelab malam sambil bercumbu dengan seorang wanita.

Video terbabit dikatakan telah dimuat naik oleh seorang lelaki dipercayai teman lelaki kepada wanita di dalam video tersebut. Menurut lelaki itu, teman wanitanya tidak mengaku bahawa dia berlaku curang walaupun video terbabit telah didedahkan.

Pelakon minta padam video

Namun begitu, dapat ciapannya di Twitter lagi, lelaki berkenaan memaklumkan aktor tersebut telah meninggalkan mesej kepadanya supaya memadam video terbabit kerana bimbang reputasinya sebagai seorang selebriti terjejas.

Mana tidaknya, dia yang ketika itu sedang menari dilihat sedang memegang segelas minuman sambil dipeluk wanita itu.

“Pelakon terbabit hubungi saya dan meminta untuk memadam hantaran berkenaan sebab dia ada imej yang perlu dijaga dan kata dia tak ada kena mengena dengan wanita itu. Wanita tu adalah wanita yang mabuk.”  tulisnya.

Makwe orang bergayut dileher aktor, tapi tak mengaku curang

Namun begitu, lelaki terbabit enggan memadam video berkenaan kerana mahu haknya terbela dan ‘memberi laluan’ kepada wanita terbabit yang ingin popular.

Walau bagaimanapun, akaun Twitter pemuda berkenaan telah diletakkan dalam mood private dan tidak dapat dilihat oleh warganet lagi.

Namun begitu, buat masa ini belum ada sebarang penjelasan daripada pelakon lelaki terbabit berhubung kejadian tersebut.

Sumber: Twitter

About admin

Check Also

Isu Ebit Lew, Menteri Agama minta orang ramai ‘tak menangguk di air keruh’

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad meminta  orang ramai untuk …

Leave a Reply

Your email address will not be published.