“Sekuat manapun, pasti kalah dgn rindu..”- Tular Video Syamsul Bersama Anak2 Buat Ramai Doakan

“Saya pengarah paling gembira di dunia,” kata pengarah, Syamsul Yusof, 38, mengulas pelbagai reaksi positif dan negatif terhadap filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang mula ditayangkan di Netflix, sejak kelmarin. Meskipun banyak komen negatif, Syamsul berkata, dia tetap gembira apabila filem sentuhannya menjadi topik bualan ramai sehingga tular di Twitter.

“Saya terima setiap komen baik atau buruk, itu perkara biasa. Apa yang lebih penting, karya saya dibicarakan dan terus ditonton sehingga tular,” katanya kepada BH Online. Bagi Syamsul, dia tetap berterima kasih kepada penyokong yang menonton filem Mat Kilau, biarpun apa sahaja reaksi yang dilontarkan. “Kalau lihat perjalanan filem Mat Kilau sejak keluar trailer sudah tular dalam media sosial. Kemudiannya, lebih seminggu tular pula di Twitter ketika ditayangkan di pawagam.

“Kali ini, masih jadi bualan apabila ditayangkan di Netflix. Bagi saya, ini adalah pencapaian luar biasa. Saya gembira penonton berbicara mengenai filem saya. Memang ramai minta komen mengenai reaksi negatif diterima. “Ia adalah lumrah untuk pembikin filem. Menerusi filem-filem saya yang mendapat kutipan baik sebelum ini pun akan ada komen positif dan negatif.

“Apapun, terima kasih berbicara mengenai filem saya sampai trending. Saya gembira dan bersyukur. Teruslah berbicara mengenai filem ini sama ada negatif atau positif, kita tetap raikan,” katanya. Dalam ucapan diatas, apa yang menarik perhatian ramai ialah gelagat Syamsul dan anak2nya yang sanagt mesra walaupun keadaan rumah tangga dilanda badai. sumber: boom malaysia

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh BOOM! (@boom.malaysia)

About admin

Check Also

Puteri Sarah Tak Rela Bermadu, Ulas Lakonan Jadi Isteri Tua Tiada Kena Mengena Dalam Hidup

Membawakan watak isteri pertama menerusi naskhah teater Maduku Terpaling Kalut, Puteri Sarah Liyana menegaskan karakter …

Leave a Reply

Your email address will not be published.