“Saya gembira dengan keadaan sekarang, Shuk pun nampak lebih baik” -Sera

Baru-baru ini, posting yang dibuat oleh isteri kepada Shuk Sahar iaitu  Rossalenah Natassyaih Asshaferah atau Sera ketika menghantar pelawak itu menunaikan umrah di lapangan terbang telah menjadi perhatian netizen.

Dalam muat naik di Insta Story itu, Sera telah membawa anak-anaknya bertemu bapa mereka dan mengucapkan selamat jalan kepada selebriti berkenaan. Dia juga turut memuat naik semula posting  dibuat rakan sebilik Shuk di Tanah Suci yang ketika itu sedang mengadakan panggilan video dengan anak-anak.

Masih dalam proses berbincang

Oleh sebab itu, menerusi laporan dari Harian Metro, Sera memaklumkan yang dia dan Shuk masih lagi dalam proses berbincang sama ada ingin berbaik semua ataupun tidak.

Sera turut mengaku bahawa dapat dilihat perubahan yang lebih baik datang dari Shuk dan sempat mengirim doa sebelum keberangkatan pelawak itu ke Tanah Suci.

Nak cakap soal terima Shuk semula tu, saya tak boleh nak beri komen apa-apa sebab masih dalam perbincangan antara keluarga.
Banyak pihak terbabit dalam proses perbincangan. Setakat ini tak ada komen untuk saya terima dia balik atau sebaliknya,” katanya.

Semakin baik dengan anak2

Menurutnya, dia belum boleh komen sama ada menerima balik Shuk ataupun tidak kerana proses perbincangan masih lagi berjalan.

Walau bagaimanapun, mereka berdua tetap berdoa yang terbaik untuk kehidupan masing-masing. Tambah wanita kelahiran Sabah itu lagi, dia dapat melihat hubungan anak-anak dengan Shuk semakin baik dan selebriti itu sendiri juga sudah nampak perubahan ke arah yang lebih positif.

“Sudah tentu saya ada minta doa yang baik-baik, bukan saja dari segi rumah tangga kami, tapi daripada Shuk sendiri mesti dia pun nak yang baik-baik dalam hidupnya.
“Saya pun gembira dengan keadaan sekarang. Shuk dengan anak-anak semakin baik. Shuk pun dah nampak lebih baik dari sebelum ini yang umum tahu,” ujarnya.

Terdahulu, insta story milik Sera memperlihatkan dirinya membawa anak-anak bertemu Shuk di lapangan terbang sewaktu pelawak berkenaan mahu berangkat bersama rombongan ke Tanah Suci.

Difahamkan, Shuk sempat ke beberapa negara di timur tengah sebelum menuju ke Mekah untuk melakukan umrah.

Untuk rekod, Sera pernah hadir ke rancangan Meletop dan menyatakan bahawa hubungan dengan Shuk sudah menemui noktah apabila  sudah memfailkan cerai terhadap Shuk pada November tahun lalu.

Sumber: Harian Metro (Zaara Talita)

About admin

Check Also

Isu Ebit Lew, Menteri Agama minta orang ramai ‘tak menangguk di air keruh’

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad meminta  orang ramai untuk …

Leave a Reply

Your email address will not be published.