Menang Kes Tuntutan Hadiah Tanah Lot Banglo, Aishah Ralat Baru Tahu Penaja Muflis

Penyanyi Datuk Aishah pernah meluahkan rasa kesal kerana sudah bertahun-tahun dia masih belum menerima sebidang tanah lot banglo seperti yang dijanjikan ketika menjadi juara program realiti Gegar Vaganza 4 (GV4) pada 2017.

5 tahun tunggu kes selesai

Menurut pemilik nama Wan Aishah Wan Ariffin, dia berasa bersyukur kerana setelah lebih lima tahun menunggu akhirnya isu tuntutan tanah lot banglo terbabit selesai. Meskipun pada awalnya dia enggan membawa kes berkenaan ke mahkamah, namun demi menuntut hak yang telah dijanjikan Aishah terpaksa berbuat demikian.

Alhamdulillah, selepas lima tahun kes ini berlangsung baru temui penyelesaian.

Sebenarnya kalau ikut hati saya tidak mahu kes ini di bawa sehingga ke mahkamah tapi apabila saya cuba berunding dengan pihak penaja terbabit selepas lapan bulan dari tarikh kemenangan, mereka minta diberikan masa.

Difahamkan, penyanyi berusia 57 tahun itu sudah menunggu dan memberi masa selama enam bulan untuk menunggu jawapan daripada pihak penaja, namun tiada sebarang jawapan.

Saya buat semua ini supaya bakal-bakal penaja tunaikan apa dijanjikan. Salah satu yang kita ralat adalah defendan ketiga adalah seorang yang muflis daripada tahun 2018.

Tiada istilah tamak

Tegasnya, tiada istilah tamak dalam hal ini kerana dia cuma menuntut hadiah yang sepatutnya menjadi miliknya.

Ini bukan cerita mengenai tamak atau minta melebihi apa yang dihebahkan. Apa hadiah yang dikongsikan itu saja yang kami tuntut. Malangnya perkara ini perlu berjalan selama bertahun-tahun dan akhirnya baru selesai.

Saya harap apa yang berlaku ini menjadi peringatan kepada semua pihak yang berkenaan.

Susulan daripada itu, pihak penaja hadiah terbabit tampil dengan satu dokumen tawaran penyelesaian dan dipersetujui oleh Aishah sendiri. Walau bagaimanapun, terdapat bayaran yang perlu diselesaikan serta beberapa tindakan perlu dilakukan oleh pihak penaja.

Sebelum ini, Aisyah dinobatkan sebagai juara GV4 di mana dia layak membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000, sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Eropah Timur, barang kemas, baucar beli-belah bernilai RM6,00 serta piala.

Video penjelasan

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

Sumber : Harian Metroaishahjmm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Puteri Sarah Tak Rela Bermadu, Ulas Lakonan Jadi Isteri Tua Tiada Kena Mengena Dalam Hidup

Membawakan watak isteri pertama menerusi naskhah teater Maduku Terpaling Kalut, Puteri Sarah Liyana menegaskan karakter …

Leave a Reply

Your email address will not be published.