“Akhlrnya Bella Berckp & Sebut Nama Indlvidu Ini Yg Lakukn Trhadapnya. Ini Reaksi D0ktor Yg Bertanya

Cili dan panas. Itu antara perkataan yang disebut remaja Sindrom Down dikenali Bella  Perkara itu dimaklumkan saksi pendakwaan ke-17, Pakar Psikiatri Hospital Selayang, Dr Wan Asyikin Wan Azlan ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. Dr Wan Asyikin: Pada asalnya sangat pemalu hanya berpaut kepada Puan Hidayah.  Saya keluarkan kertas lukisan dan pewarna, Bella berminat dan setuju duduk di meja kecil di dalam bilik saya untuk mewarna bersama saya sambil saya tanya soalan kasual.

 

Nor Azizah: Bella boleh berinteraksi atau tidak? Dr Wan Asyikin: Selepas membina hubungan dengannya, dia boleh berinteraksi dengan saya tetapi perlu diingatkan penggunaan perkataan Bella adalah terhad iaitu menggunakan satu patah sahaja. Nor Azizah: Doktor katakan Doktor ada membina hubungan dengan Bella dahulu, Kenapa perlu buat begitu?  Dr Wan Asyikin: Saya perlu membina sedikit hubungan dengan pesakit kerana seperti kanak-kanak secara asasnya takut apabila berjumpa doktor. Disebabkan Bella pemalu jadi saya gunakan mewarna untuk buat hubungan dan bercakap dengannya.

Nor Azizah: Doktor mengatakan ada bertanya keadaan Bella, jadi apa jawapannya? Dr Wan Asyikin: Hanya sedikit saja Bella jawab, antaranya di rumah Bella pandai buat apa? Bella menjawab lipat baju, jemur baju, kemas barang, mengemop, menyapu, buat air. Kemudian saya tanya Bella pandai buat air panas ke sejuk dan Bella buat gesture (isyarat) kepada saya tunjuk tangan diikat serta cakap panas. Dia buat secara sukarela tanpa diminta berbuat demikian. Kami tanya siapa buat Bella dan dia sebut nama ‘Benon’.

 

 

 

 

 

 

 

Nor Azizah: Setakat mana Bella faham soalan Doktor? Dr Wan Asyikin: Susah nak jawab dia faham atau tidak. Pada awalnya dia tak jawab soalan saya jadi susah nak kata sama ada dia faham ke tak. Apabila saya tanya dia jawab Benon, selain buat pergerakan dan tunjuk mata guna perkataan cili. Pada masa sama, saksi itu turut memberitahu ada bertanya dua soalan kepada Bella iaitu adakah dia mahu berjumpa dengan Siti Bainun dan hendak balik ke Rumah Bonda, Bella menggelengkan kepala.

Menurut saksi itu biarpun Bella menjawab apa yang ditanya, remaja itu mempunyai ketidakupayaan intelektual. Bagaimanapun, katanya, Bella masih boleh menguruskan diri sendiri dan bersosial. Selain itu, saksi turut bersetuju dengan cadangan peguam bahawa tiada keterangan daripada Bella menyebut perkataan ‘disimbah’ atau ‘simbah’.Sumber: hm

 

About admin

Check Also

Puteri Sarah Tak Rela Bermadu, Ulas Lakonan Jadi Isteri Tua Tiada Kena Mengena Dalam Hidup

Membawakan watak isteri pertama menerusi naskhah teater Maduku Terpaling Kalut, Puteri Sarah Liyana menegaskan karakter …

Leave a Reply

Your email address will not be published.