“Tak h1na pun st4tus j4nda ni, j4ngan ses3kali rasa sed1h..” – Fatin Afeefa

Lima tahun bergelar ibu tunggal, pelakon Fatin Afeefa berkongsi nasihat bagi golongan wanita yang mempunyai status itu dalam berdepan kata-kata negatif daripada orang sekeliling.

Memetik laporan Kosmo! Online, pelakon berusia 28 tahun itu mengakui pernah mendapat pelbagai gelaran negatif sejak berpisah dengan bekas suami.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh AFEEFA 🌙 (@fatinafeefa)

Macam-macam gelaran orang beri pada saya. Secondhandlah, kereta terpakai pun ada. Siapa yang tidak sedih…
“…walaupun sayalah wanita yang menuntut cerai tetapi orang tetap mengata mengenai saya,” katanya menerusi siaran langsung di aplikasi TikTok semalam.

Pelakon drama Cindai itu berkata, selalunya segelintir kaum lelaki yang bertindak melemparkan pandangan negatif terhadap golongan ibu tunggal.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh AFEEFA 🌙 (@fatinafeefa)

“Selalunya orang yang mengutuk itu ialah segelintir golongan lelaki yang suka mengawal perempuan tetapi tidak dapat, sebab itu mereka merendah-rendahkan janda.
“Ada sesetengah wanita anggap lebih mula kekal dalam perkahwinan yang tidak bahagia daripada jadi janda.
“Saya memilih untuk menjadi janda sebab saya ingin kejar kebahagiaan begitu juga untuk anak-anak.
“Tidak hina pun status janda ini dan jangan sesekali rasa sedih dengan perkara tersebut,” ujar ibu kepada dua cahaya mata itu.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh AFEEFA 🌙 (@fatinafeefa)

Sementara itu, dia juga mengakui tidak mudah bagi menutup mulut orang ramai yang mengata soal wanita berstatus janda.

“Mulut orang tak boleh tutup. Dulu pun saya sedih juga tetapi lama kelamaan saya sedar bahawa orang takkan berhenti bercakap.
“Jadi, buatlah apa yang buat anda gembira,” kongsinya.

Terdahulu, Fatin atau nama penuhnya Fatin Nur Afifah Shamsudin berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 2013, namun bercerai empat tahun selepas itu.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh AFEEFA 🌙 (@fatinafeefa)

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia.

Sumber: Kosmo! Online (Nur Emira Saizali) , Instagram Fatin Afeefa

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Isu Ebit Lew, Menteri Agama minta orang ramai ‘tak menangguk di air keruh’

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad meminta  orang ramai untuk …

Leave a Reply

Your email address will not be published.