Peg4ng j4nggut UAI, ramai b3ngang s1kap lel4ki ini -“Bvd4k tu k3na bel4jar ad4b”

Bila kita sebut nama pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhr Idrus, pasti ramai yang mengenali beliau yang sering memberi ceramah ilmu agama kepada umum di serata negeri.

Ketinggian ilmu agama yang dimiliki membuatkan ramai yang menjadikannya sebagai idola dalam kehidupan dan kita pasti tidak akan melepaskan peluang jika beliau mengadakan majlis ilmu di sesuatu lokasi.

Terbaharu, menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @afzannn90 di laman TikToknya, kelihatan Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra disapa UAI sedang bersalaman dengan umum selepas menyampaikan cerama di sebuah masjid.

Dalam video itu, ramai yang beratur menunggu giliran untuk bersalaman dengan pendakwah yang disegani ramai itu kerana tidak mahu melepaskan peluang keemasan yang sukar didapati itu.

Pun begitu, secara tiba-tiba, seorang lelaki bertindak memegang janggut UAI secara tiba-tiba sambil merakam tanpa meminta izin terlebih dahulu telah mengundang kemarahan ramai.

Tak ada adab langsung!

Mana tidaknya, netizen menganggap perbuatan yang dilakukan lelaki itu adalah tidak beradab dan dia seharusnya meminta izin terlebih dahulu kepada UAI.

Bodyguard risau, sekarang macam2 boleh jadi

Bukan itu sahaja, tindakan lelaki itu membuatkan pengawal peribadi di belakang UAI tidak sempat untuk menangkap lelaki itu disebabkan kesesakan orang ramai pada ketika itu dan hanya mampu memberi jelingan maut sahaja.

Malah, ada juga netizen meluahkan rasa bimbang kerana pada zaman ini, kita tidak tahu niat seseorang kepada orang lain untuk menghantar sesuatu yang buruk dengan menggunakan pelbagai cara.

Sumber: TikTok @afzannn90

About admin

Check Also

Belanja minyak petrol ‘free’, Caprice mohon maaf jadi punca kesesakan jalan raya

Penyanyi rap sensasi, Caprice atau nama sebenarnya Aris Ramli tampil membuat permohonan maaf kepada semua …

Leave a Reply

Your email address will not be published.