“Terjun Gitu Je Boleh Dikira..” – Hairul Azreen Dedah ‘Behind The Scene’ Ada Hantu 2, Buat Ramai Tidak Menyangka

Menerusi satu perkongsian video yang dikongsikan oleh pemilik akaun Instagram Hairulazreen. Beliau yang berkongsi mengenai ‘behind the scene’ menerusi filem arahannya iaitu ‘Ada Hantu 2’ yang kini baru sahaja ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

Hairul Azreen Idris merupakan seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Memulakan kerjaya dalam dunia hiburan sebagai pelagak ngeri sebelum bergiat aktif sebagai pelakon, beliau merupakan Juara Fear Factor Malaysia.

Menurut perkongsian video di halaman tiktok miliknya itu, para pelakon wanita yang berlakon menerusi filem tersebut, melakukan sendiri aksi-aksi lasak seperti terjun dan sebagainya di mana seperti yang diketahui umum aksi sebegitu selalunya dilakukan oleh pembantu yang lain.

“Walaupun filem saya seram, komedi kita kena ada stunt jugak”, – Katanya di caption video tersebut.

Ada Hantu 2 ialah sebuah filem seram komedi Malaysia 2022 arahan Hairul Azreen dengan skrip yang ditulis oleh Adrian Teh dan Amar Amir. Turut dibintangi oleh Hairul sendiri bersama Zahiril Adzim, Shiqin Kamal dan ramai lagi. Filem ini juga merupakan kesinambungan daripada filem Ada Hantu pada tahun 2021.

Namun rata-rata netizen tidak menyangka bahawa adegan lawak dan berani para pelakon melalui ‘behind the scene’ itu dengan yang ditayangkan di dalam filem tidak sama seperti perkongsiannya itu.

Mereka mengatakan jika dilihat tayangan di dalam filem, babak tersebut agak seram berbanding melihat ‘behind the scene’ yang agak santai dan masih boleh membuat lawak.

“Saya baru tengok semalam, sumpah kelakar plot twist yang bagus and memang recommend la sape2 yang tak pergi lagi baik pergi sekarang”,

“Saya dah tengok filem abang! sumpah 10000000/10, penat gelak je, rasanya belum pernah ada mana2 citer hantu yang pasal hantu jepun selain ni!”,

Menurut netizen yang dah pun menonton filem arahannya ini, mereka berpuas hati mengenai jalan ceritanya yang menarik dan plot twist yang membuatkan ramai tidak menyangka.

Lihat klip video dibawah:

 

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

Sumber: Cepatberita dan Tiktok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

About admin

Check Also

Puteri Sarah Tak Rela Bermadu, Ulas Lakonan Jadi Isteri Tua Tiada Kena Mengena Dalam Hidup

Membawakan watak isteri pertama menerusi naskhah teater Maduku Terpaling Kalut, Puteri Sarah Liyana menegaskan karakter …

Leave a Reply

Your email address will not be published.