“Taste kau sampah!”- Youtuber ‘koyak’ gara2 dikecam ‘overrated’ Mat Kilau

Ramai sedia maklum, filem epik tempatan Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan kini menemui ramai di Netflix sehingga masing-masing meluahkan keterujaan untuk menontonnya memandangkan tidak berkesempatan turut-serta merasai kemeriahannya di pawagam.

Keterujaan menonton filem yang hampir mengutip kutipan RM100 juta sejak ditayangkan pada Jun lalu dikatakan berpunca daripada review penonton yang hadir ke pawagam.

Ini termasuklah ulasan dan pujian diberikan oleh terutama Youtuber yang sinonim dengan kritikan filem, Zhafvlog dengan mengatakan ia adalah sebuah karya terbaik dan tidak akan mengecewakan sesiapa pun.

Indah khabar dari rupa!

Bagaimanapun, sebaik sahaja mereka meonton filem tersebut ia diibaratkan indah khabar dari rupa di mana filem tersebut tidak melepasi tahap citarasa masing-masing seperti yang diberitahu oleh Zhafvlog melalui platform Twitter miliknya sebelum ini.

Masing2 terpaling tonton filem tempatan

Sedar dirinya menerima banyak kritikan dan cemuhan mengenai ulasan filem Mat Kilau itu, Zhaf tampil mempertahankan dirinya dengan mengatakan warganet seolah-olah ‘terpaling’ menonton filem tempatan.

Menerusi bebenang di laman Twitter, Zhaf mempertikaikan ‘warganet’ kerana tidak hadir memberikan sokongan dan kritikan terhadap filem tempatan lain seperti One Two Jaga, Fly By Night, Dukun, Guang, Poochandi dan lain-lain.

Taste kau sampah!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet kembali mengkritiknya dengan mengatakan citarasa dan kritikan yang diberikan oleh Youtuber tersebut mengenai filem Mat Kilau adalah ‘sampah’ dan tidak boleh dipercayai.

Ada yang koyak tapi bukan kertas

Malah, ada yang mengatakan Youtuber berkenaan ‘koyak’ dengan menyamakan ia seperti kertas. Tidak kurang juga warganet berpendapat bahawa Zhaf tidak boleh menerima kritikan daripada ramai dan hanya dia sahaja boleh mengkritik.

Terdahulu, Zhafvlog tampil mengulas filem Gadis Jolobu The Movie dengan memberikan rating ‘infinity sh*t (sangat teruk) sehingga menyebabkan pihak penerbit mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Youtuber berkenaan.

Sumber: Twitter @zhafvlog

About admin

Check Also

Puteri Sarah Tak Rela Bermadu, Ulas Lakonan Jadi Isteri Tua Tiada Kena Mengena Dalam Hidup

Membawakan watak isteri pertama menerusi naskhah teater Maduku Terpaling Kalut, Puteri Sarah Liyana menegaskan karakter …

Leave a Reply

Your email address will not be published.