Tahniah.. Kos Kahwin RM7 Juta, Mas Idayu Akhirnya Bakal Bergelar Isteri Hari Ini..

Teka-teki mengenai tarikh penyatuan dua hati antara penyanyi popular dan Mas Idayu dengan bakal suaminya Muhamad Sufian Isa, 51, terjawab apabila mengesahkan tanggal 16 September (hari ini)  sebagai hari perkahwinan mereka. Mas Idayu yang mesra disapa Mummy berkata, majlis akad nikah dan resepsi perkahwinan bakal diadakan di Magica Victory Quill City Mall di ibu kota dengan dihadiri 300 tetamu diundang.

“Insya-Allah pernikahan akan berlangsung seawal pukul 9 pagi dan majlis resepsi di tempat yang sama sekitar pukul 7.30 malam. “Kalau ikutkan bukan saya yang pilih tarikh bersejarah itu, sepatutnya bulan Mei, tapi macam terlalu awal sangat. “Jadi Sufian pilih tarikh (16 September) dan hasil perbincangan, tarikh berkenaan dipersetujui dan dipilih,” “Insya-Allah selepas bernikah nanti, kami akan bercuti selama dua minggu untuk sama-sama berbulan madu.

“Tempat masih tidak tahu lagi, tetapi macam nak ke Santorini, Greece. Tengoklah macam mana nanti.  mengenai kos majlis kahwin yang mencecah RM7 juta, Mas Idayu atau nama sebenarnya Masidayu Mesnun, 50, tidak menyangka banyak pihak sudi menaja perkahwinan kali keduanya ini. “Saya sendiri tak sangka kos perkahwinan kedua itu nanti mencecah sampai RM7 juta dan semuanya ditaja termasuk lokasi perkahwinan, set barang kemas, busana persalinan, katering dan fotografi.

“Alhamdulillah. Sebenarnya saya tak terlalu fikir sangat pasal kos keseluruhan, tetapi lebih memikirkan kehidupan selepas bernikah nanti. “Maklumlah kali terakhir bergelar isteri 16 tahun lalu. Jadi perasaan itu rasa lain sikit. Saya harap bergelar isteri untuk kali kedua ini membawa kebahagiaan berbanding perkahwinan sebelumnya,” ujarnya usai sidang akhbar majlis praperkahwinan dan pelancaran produk penjagaan wajah keluaran pertama miliknya, Twenty.

Terdahulu, awal April lalu, Mas Idayu mengesahkan bakal menamatkan zaman janda dengan lelaki pilihannya yang juga merupakan penerbit televisyen sekitar September nanti. Sebelum ini, Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai sembilan tahun selepas itu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun

Sumber: viral.kini

 

About admin

Check Also

Isu Ebit Lew, Menteri Agama minta orang ramai ‘tak menangguk di air keruh’

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad meminta  orang ramai untuk …

Leave a Reply

Your email address will not be published.