Menggelabah Bila Disentuh Pelakon Lain, Ini Kompilasi Video Jep Jaga Hati Bini

Setiap kata-kata yang dikeluarkan oleh penghibur terkenal Jep Sepahtu sering sahaja menjadi perhatian ramai. Mana taknya, dalam setiap lawak yang dilakonkan pasti akan terselit pesanan-pesanan berguna kepada semua. Bakatnya yang semulajadi itulah ditunggu-tunggu penonton ‘Sepahtu Reunion Live 2022’ saban minggu.

Selalu je ada ada artis undangan yang juga perempuan

Kebiasaannya geng Sepahtu pasti akan menjemput beberapa tetamu yang terdiri daripada artis lain untuk sama-sama menjayakan sketsa pada setiap minggu. Walau bagaimanapun, Jep yang selalu saja membawa watak sebagai suami orang berusaha sebaik mungkin untuk jaga dari segi pergaulan dan pastikan diri untuk tidak bersentuhan dengan perempuan lain.

Bila Jep jaga hati bini

Akan tetapi, Jep melakukannya dengan penuh bersahaja dan sering gunakan alasan ‘takut bini’ kerana tidak ingin mengguris hati mana-mana pihak. Ada sahaja ‘punchline‘ atau gelagat Jep untuk elakkan diri daripada melakonkan sebarang watak yang bersentuhan dengan mana-mana perempuan lain.

Sebenarnya depa semua ni dah tau, tapi dok usik dia…Bukan takut bini tapi hormat bini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen cukup ‘tabik’ dan memuji tindakan Jep yang berusaha untuk jaga hati orang rumahnya. Dalam pada itu, ramai setuju jika artis-artis lelaki yang lain juga turut mencontohi sikap pelawak tersebut.

Kredit: TikTok anakpokyi

About admin

Check Also

Puteri Sarah Tak Rela Bermadu, Ulas Lakonan Jadi Isteri Tua Tiada Kena Mengena Dalam Hidup

Membawakan watak isteri pertama menerusi naskhah teater Maduku Terpaling Kalut, Puteri Sarah Liyana menegaskan karakter …

Leave a Reply

Your email address will not be published.