Fizo Omar Kongsi Gambar Bercuti, Netizen Tanya Guna Duit OctaFX Ke?

Umum mengetahui platform pelaburan, OctaFX yang sememangnya dikenali ramai kini memasuki senarai maran Bank Negara Malaysia (BNM).

Bagaimanapun, duta pelaburan tersebut iaitu pelakon Fizo Omar masih terus membisu apabila usaha pihak media untuk mendapatkan kenyataan selebriti itu gagal.

Baru-baru ini, Fizo dilihat ada memuat naik gambarnya bersama isteri, Fazeera Nazri dilihat sedang bercuti di Johor dan menaiki jet ski berdua.

Seperti sudah dijangka, perkongsian Fizo itu diserang oleh netizen yang meninggalkan kata-kata sindiran di bahagian komen sedangkan ia tiada kena mengena dengan syarikat pelaburan itu.

Diruangan komen, ada yang bertanyakan adakah duit yang digunakan untuk bercuti itu merupakan hasil kerja menjadi duta syarikat pelaburan saham berkenaan.

Meskipun pelbagai komen sindiran ditinggalkan netizen, namun tiada jawapan balas daripada Fizo yang mungkin memilih untuk berdiam diri.

Terdahulu, selain BNM, Suruhanjaya Sekuriti (SC) turut memasukkan OctaFX dalam senarai Amaran Pelabur atas alasan kemungkinan skim pelaburan haram klon yang menawarkan pulangan tinggi.sumber:rotikaya

 

About admin

Check Also

Puteri Sarah Tak Rela Bermadu, Ulas Lakonan Jadi Isteri Tua Tiada Kena Mengena Dalam Hidup

Membawakan watak isteri pertama menerusi naskhah teater Maduku Terpaling Kalut, Puteri Sarah Liyana menegaskan karakter …

Leave a Reply

Your email address will not be published.