Serba tak kena! Ramai kritik foto Bilal baring, tak sesuai dimuat naik

Boleh dikatakan hampir setiap dua minggu kisah anak Neelofa, Muhammad Bilal dibualkan orang ramai gara-gara sudah terlalu lama menanti untuk melihat wajah bayi tersebut.

Mungkin sudah ‘jemu’ dengan tindakan selebriti popular itu, segelintir warganet tiba-tiba mengecam foto terbaharu Bilal yang dilihat sedang berbaring dengan permainannya.

Memetik laporan Cari Forum, seperti biasa foto tersebut memaparkan sipi-sipi wajah Bilal tetapi posisi bayi berusia lapan tahun itu menimbulkan rasa kurang senang orang ramai.

Berdasarkan komen, terdapat individu seolah-olah memerli bekas pengacara MeleTOP itu kononnya mengambil berat mengenai penyakit ain’ tetapi tidak soal ancaman pedofilia.

Ain’ dia takut, pedo dia tak takut?

 

Terdahulu, selebriti berusia 33 tahun tersebut ada memuat naik sekeping foto bersama anak sulungnya itu di laman Instagram sehingga menerima hampir 232,000 tanda suka warganet.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Neelofa (@neelofa)

Untuk rekod, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor mendirikan rumah tangga dengan pendakwah bebas Haris Ismail pada 27 Mac tahun lalu.

Sabarlah ya semua! Kalau tak puas hati, jangan sampai memberi kata-kata makian. Neelofa pasti akan mendedahkan wajah anaknya satu hari nanti.

Sumber: Cari Forum , Instagram Neelofa

About admin

Check Also

“Tlada wanita mahu brcer4i tnpa sebab..” Diana Danielle datang mahkamah minta berpisah, Ini pula Balas Farid kamil

Pelakon Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil pada awal bulan ini. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *