Pelakon Izuan Razali tak serik, kali ini kena t3ndang di kedai.

SERING membuat video ‘prank’ di kedai makan, nama Izuan Razali sekali meraih perhatian netizen selepas satu video dia ditendang oleh seorang individu tular di media sosial. Menjelaskan mengenai kejadian itu, Izuan, 30, mendedahkan video tersebut dirancang oleh pihaknya dan babak ditendang hanyalah lakonan semata-mata. “Sebenarnya kejadian diterajang di Kedah tempoh hari hanyalah lakonan, kami juga telah meminta izin sebelum melakukan penggambaran di situ.

“Cuma saya nak beritahu video yang saya kongsi jangan percaya seratus peratus… semua adalah konten dan lakonan,” ujarnya kepada mStar. Tambah Izuan, kandungan video yang dihasilkan itu juga merupakan sebahagian sumber pendapatannya. “Ini adalah kerja, jadi saya kena teruskan sebab ini adalah periuk nasi saya… saya terpaksa kerja macam itu dan ini adalah cara saya.“Daripada merompak, menjual barang terlarang atau menyamun. Saya kerja macam ini adalah halal rezeki saya… titik peluh sendiri,” katanya.

Sebelum ini, Izuan pernah ‘Prank’ Pegang Tangan Isteri Orang, Content Prankster Dianggap Keterlaluan menerima kecaman hebat daripada netizen gara-gara content yang disifatkan keterlaluan. Menerusi video ‘prank’ berkenaan, Izuan dilihat secara tiba-tiba menarik tangan seorang wanita yang sedang berjalan bersama seorang lelaki dipercayai suaminya.

Dia kemudiannya dilihat dimarahi dan hampir ditumbuk oleh si suami. Dia meminta maaf dan terus berlalu pergi. Netizen mengecam content Izuan. Melihat kepada situasi itu, rata-rata netizen mengecam tindakan content creator ini yang sesuka hati memegang tangan wanita tidak dikenali tanpa sebab.

Selepas teruk dikecam, Izuan tampil dengan satu video permohonanan maaf dan menjelaskan perkara sebenar. Melalui hantaran video tersebut, dia memaklumkan bahawa video prank itu hanyalah lakonan semata-mata. Babak itu adalah untuk pembikinan drama pendek yang dibuatnya.Assalamualaikum Semua Saya Izuan Razali. Di sini saya nak bagi tahu video itu hanyalah lakonan drama pendek drama prank.Mstar, OMM.

About admin

Check Also

Puteri Sarah Tak Rela Bermadu, Ulas Lakonan Jadi Isteri Tua Tiada Kena Mengena Dalam Hidup

Membawakan watak isteri pertama menerusi naskhah teater Maduku Terpaling Kalut, Puteri Sarah Liyana menegaskan karakter …

Leave a Reply

Your email address will not be published.