“Kalau Jumpa Kat Set, Aku Dah Tarik Rambut Kau, Jangan Rasa Kau Bagus..”- Ayda Jebat

Melalui laporan Melodi dan Xtra, ada isu melibatkan seornag artis baru dan juga Ayda Jebat.  Ini setelah artis baru itu dengan selamba mempersoalkan kejayaan yang telah ditempa oleh Ayda Jebat sebagai seorang pelakon dan juga penyanyi.  Akhirnya tuan punya badan tampil memberi kenyataan dan sempat memberi nasihat kepada artis baru berkenaan.  “Janganlah nak buat cerita, jika tiada ilmu, baik pergi belajar.

Bukan persoal dan rendahkan orang lain, iri hati kat orang lain.”  “Kepada kamu, yang cakap dan persoal, bagus sangat ke Ayda Jebat ni? Yes, I am. Apapun saya ni masih lagi belajar untuk jadi lebih baik.”  “Ni kalau dulu jumpa kau kat set ni memang dah aku tarik rambut kau tu, jangan nak main-main dengan aku.”

Ayda Jebat memberi nasihat agar jangan ada perasaan iri pada kejayaan orang lain.  “Jangan berkata seperti itu tentang kejayaan orang, jangan ada rasa iri hati tu. Lebih baik jadikan sebagai inspirasi untuk jadi lebih bagus, awak jangan rasa yang awak tu bagus sangat.”

Selain itu, Ayda Jebat berkata, apa yang dirinya dah kecapi ini semuanya hasil usahanya.   “Apa yang saya dapat pada hari ini merupakan dari hasil titik peluh saya sendiri, kalau awak pun nak berjaya macam saya ni, jadinya awak kenalah fokus.”  Penyanyi dan pelakon yang juga isteri kepada Nabil Mahir turut mengatakan lebih baik artis baru itu fikir hal sendiri saja.

“Jika rasa awak tu dah sangat bagus, kena tahu bahawa ada yang lain lebih bagus daripada awak. Kau jaga tepi kain diri sendiri saja dah lah ye dik.”  Ayda Jebat turut berpesan sekiranya ada perkara yang kurang berpuas hati lebih baik jumpa saja.

Sumber: gmpk

About admin

Check Also

Puteri Sarah Tak Rela Bermadu, Ulas Lakonan Jadi Isteri Tua Tiada Kena Mengena Dalam Hidup

Membawakan watak isteri pertama menerusi naskhah teater Maduku Terpaling Kalut, Puteri Sarah Liyana menegaskan karakter …

Leave a Reply

Your email address will not be published.