“Doktor suspek dah terkena..”- Pelakon Mimi Lana Dimasukkan Ke Hospital & Disahkan Ini Yang Berlaku

PELAKON Mimi Lana dimasukkan ke sebuah pusat perubatan bagi menerima rawatan akibat demam panas pada Rabu. Menurut Mimi atau nama sebenarnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 27, dia mula merasa tidak sihat sejak beberapa lari lalu dan bimbang jika terkena jangkitan Cvid-19 atau influenza. “Dua, tiga hari ni saya rasa tak sedap badan dan pagi ini (Rabu) suhu badan naik secara tiba-tiba. Saya sejuk sampai menggigil.

“Saya bimbang terkena jangkitan Cvid-19 atau influenza dan doktor suspek saya terkena dengki disebabkan simptom yang dialami. Mujur tiada apa hanya demam panas,” katanya. Mimi berkongsi perkara tersebut menerusi beberapa hantaran di IG story miliknya memaklumkan dia sudah menerima dua botol drip air sejak dimasukkan ke hospital.

Dalam pada itu, Mimi juga memberitahu ini adalah kali pertama dia di tahan wad akibat demam. “Saya tidak pernah di masukkan ke hospital sebenarnya. Selalu saya demam ambil ubat dan balik rumah berehat. “Kali ini lain macam betul demamnya. Saya pun tak sangka,” ujarnya.

Sementara itu pelakon Villa Kristal itu sempat meluahkan rasa bersalah kerana keadaannya yang kurang sihat ketika masih terikat dengan jadual penggambaran.  “Saya betul-betul rasa bersalah sebab sepatutnya ada penggambaran hari ini. Inilah kali pertama dimasukkan ke hospital ketika shooting. “Doakan saya cepat sembuh dan boleh kembali ke set seperti biasa,” jelasnya.

Sumber: Mstr

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Puteri Sarah Tak Rela Bermadu, Ulas Lakonan Jadi Isteri Tua Tiada Kena Mengena Dalam Hidup

Membawakan watak isteri pertama menerusi naskhah teater Maduku Terpaling Kalut, Puteri Sarah Liyana menegaskan karakter …

Leave a Reply

Your email address will not be published.