Connect with us

Berita

Video golf tular, Shuib nafi ‘skandal’ dengan usahawan -“Bukan suara saya!”

Published

on

Selepas video kompilasi berbaju sedondon dengan pelawak terkenal, Shuib Sepahtu sewaktu menghadiri beberapa konsert, nama Watie Hanifiah telah menjadi sebutan netizen.

Mana tidaknya, beberapa posting yang dibuat oleh usahawan wanita itu telah ‘dikorek’ habis-habisan oleh netizen sehingga memetik nama allahyarham Siti Sarah.

Dituduh skandal dari 2019

Paling menjengkelkan, ada dakwaan yang mengatakan Shuib mempunyai skandal dengan wanita itu sejak tahun 2019 lagi.

Sedar, posting ketika bermain golf dan ada suara lelaki di dalam video itu menjadi bualan netizen ‘mulut puaka’, Watie telah menulis kenyataan menafikan hal tersebut di ruangan kapsyen posting video yang dikongsikan pada 2019.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Watie Hanifiah (@iamwatie)

“Macam suara Shuib”

Dapat dilihat beberapa komen netizen yang katanya ‘hadir’ dari TikTok telah menuduh dengan beberapa dakwaan yang tidak berasas melibatkan mereka berdua.

“Kesiannya arwah”

Tuduhan tersebut sangat tidak adil!

Susulan daripada fitnah yang tidak dapat dibendung lagi, Shuib menerusi laporan dari Harian Metro telah menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa bukan dia yang berada di dalam video Watie ketika bermain golf.

“Saya menafikan apa yang berlegar di media sosial berhubung satu video yang menunjukkan Watie sedang memukul bola golf dan ada kedengaran seperti suara saya.
“Ada yang mengatakan saya sudah lama mempunyai skandal dengan wanita itu sejak 2019. Tuduhan itu sangat tidak adil dan baik untuk saya dan Allahyarham Siti Sarah.
“Kalau dengar semula rakaman itu memang perkataan ‘nice’ yang disebut seorang lelaki mirip suara saya, tapi individu di belakang dalam video itu bukan saya. Tak sama langsung. Biasalah kalau satu ayat senang dan boleh sama tapi suara itu bukan saya dan sangat kelakar.
“Setakat suara semua orang boleh tiru dan mungkin ia satu kebetulan yang tidak disangka-sangka,” katanya.

Mungkin kebetulan, mula main golf 2020 bukan 2019

Tambahnya, mungkin hal itu hanya kebetulan memandangkan dia baru sahaja mulai bermain golf sekitar 2020 iaitu sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Video yang dimuat naik Watie adalah bertarikh 2 April 2019, yang mana pada tahun terbabit saya belum pegang kayu golf lagi. Saya tak tahu mengenai sukan itu pun.
“Saya mula bermain golf pada Mei 2020. Ketika itu negara masih melaksanakan PKP tapi sukan golf saja diberi kelonggaran. Sejak itu saya mula menghubungi rakan-rakan untuk bermain sukan ini.
“Kalau tengok di akaun Instagram, saya muat naik video kali pertama bermain golf adalah pada 18 Mei 2020. Jadi nampak tak perbezaan tahun dan tarikh.
“Ini saja penjelasan saya, selebihnya boleh lihat di akaun Instagram saya mengenai tarikh saya mula bermain golf. Selepas tarikh itu baru saya ligat bermain sukan itu,” katanya.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Terdahulu nama Shuib menjadi perbualan netizen di TikTok selepas tular video memperlihatkan seorang wanita sedang bermain golf berlatar belakang suara lelaki.

Hal tersebut susulan dakwaan dia sedang rapat dengan usahawan berkenaan setelah beberapa gambar berbaju warna hampir sama ketika menghadiri konsert.

Sejak itu, netizen mulai menyelongkar Instagram mereka berdua dan mendapati pelawak itu kerap menekan butang likes di posting usahawan berkenaan.

Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri), Instagram Watie Hanifiah

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berita

“Teman Sudah ditangkap.. “.. Dia guna pisau potong ayam..Ika Di bakar pukul 10malam semalam.. Rupanya sudah ada..

Published

on

By

Update : Selesai siasatan awal.. berita lanjut???? masih mencari lagi rakan subahat/pelaku

sumber socmed; arwah perempuan berumur 21 tahun, yatim piatu yang baru kematian ibu.. dibakar dibunuh dah dibelah perut dengan tragis kerana perbalahan kerana telah mengandung kandungan luar nikah berusia 4 bulan.

Mayat terbakar di kebun kelapa sawit

Lelaki tikam, toreh, bakar kekasih hamil

SABAK BERNAM – Seorang lelaki diibaratkan dirasuk syaitan apabila bertindak kejam membunuh dan membakar teman wanitanya sebanyak dua kali di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar di sini.

Tindakan tidak berperikemanusian itu dilakukan suspek berusia 20 tahun selama dua hari bermula kelmarin selepas berlaku perselisihan faham berkaitan menyembunyikan kehamilan luar nikah mangsa yang berusia 21 tahun.

Selain memukul dan menoreh perut kekasihnya yang merupakan pelayan restoran itu, suspek juga dipercayai turut sempat membeli minyak petrol di stesen minyak untuk membakar mangsa .

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat mangsa, kira-kira pukul 8.15 pagi semalam.

Katanya, siasatan mendapati wanita yang hamil empat bulan itu dibawa suspek menaiki sebuah kereta sebelum dibunuh dan dibakar di kebun tersebut, kira-kira pukul 10 malam kelmarin.

“Namun, suspek kembali ke sekitar lokasi sama untuk sekali lagi membakar mangsa semalam dengan menaiki motosikal dan membawa tong berisi petrol.

“Lelaki yang mahu melupuskan mayat itu kemudian dipercayai membuang semua bahan bukti termasuk barangan mangsa di sekitar Jalan Lama Kuala Selangor,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di sini, hari ini.

Pasangan kekasih itu dipercayai menjalin hubungan sejak setahun lalu sebelum berlaku perbalahan akibat kehamilan tersebut.

Jelas Agus Salim, siasatan lanjut membawa kepada penahanan suspek dalam tempoh lima jam selepas penemuan mayat itu iaitu kira-kira pukul 1.45 petang hari sama di sebuah rumah sekitar Sungai Besar dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tambah beliau, mayat mangsa yang terbakar 60 peratus ini masih berada di Hospital Sungai Buloh bagi proses bedah siasatan. – KOSMO! ONLINE

Continue Reading

Berita

Anak sulung Rita Rudaini patah tangan

Published

on

By

Pelakon popular, Rita Rudaini, 47, meminta netizen berhenti dari mengaitkan nama bekas suami, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak dengan kehidupannya bersama anak-anak.

Rita berkata, dia kini sudah hidup tenang dan bahagia bersama dua anaknya.

Rita berkata, dia juga bertanya kepada netizen apa jasa bekas suami kepada anak-anaknya sebelum ini.

“Adakah mereka pernah tengok saya ‘post’ (hantaran) sebarang hadiah atau pemberian daripada bekas suami kepada anak-anak sebelum ini? Tiada bukan?

“Justeru, saya minta netizen tidak lagi mengaitkan bekas suami dengan apa yang saya ‘post’ di media sosial mengenai anak-anak kerana tidak mahu mengganggu emosi mereka yang sedang membesar,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai kemalangan yang menimpa anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 14, yang dikongsi di Instagram, Rita berkata, Rayyan patah tangan ketika bermain bola sepak bersama rakan-rakannya di sekolah, minggu lalu.

“Pihak sekolah yang membawa Rayyan untuk mendapat rawatan di Hospital Tampin, Negeri Sembilan. Selepas tangannya yang patah itu disimen, saya menukarnya ke pusat perubatan di Kuala Lumpur.

“Selepas beberapa hari di rawat, Rayyan dibenarkan pulang ke rumah. Rayyan juga perlu menjalani fisioterapi setiap minggu di pusat perubatan itu.

“Buat masa ini, saya yang menjaga Rayyan di rumah sehingga keadaannya pulih sepenuhnya untuk kembali ke sekolah kerana dia tinggal di asrama,” katanya.

Rita berkata, Rayyan kini seolah-olah mengalami gangguan emosi disebabkan keadaan fizikal yang membataskan pergerakannya.

“Emosinya tak tentu juga. Kadang-kadang dia okey dan banyak cakap. Kadang-kadang tak nak bercakap langsung. Tertekan sebab sebelah tangan je boleh guna, susah untuk dia bergerak. Mujur saya kini tidak terbabit dengan penggambaran ketika ini dan dapat menjaganya di rumah,” katanya.

Selain Rayyan, Rita juga memiliki seorang lagi anak iaitu Airit Qaqa Arjuna, 12.

Sumber:HM

Continue Reading

Berita

Bicara Ebit Lew: Ada 436 gambar dalam telefon bimbit

Published

on

By

Saksi ketujuh perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa 436 keping gambar diperoleh daripada sebuah telefon bimbit jenama Samsung Galaxy A31 berkaitan kes itu yang dihantar ke makmal forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Juruanalisis Kanan Audio Video PDRM ASP Latifah Abdul Aziz, 43, berkata, selain gambar itu, terdapat empat rakaman video dan 219 gambar tangkap layar juga diperoleh daripada telefon bimbit berkenaan.

Latifah berkata, telefon bimbit yang disimpan dalam sampul surat berwarna putih itu telah dihantar ke makmal forensik PDRM Cheras Selangor pada 9 Ogos 2021, kira-kira 3.20 petang iaitu tempat beliau bertugas.

Setelah menerima telefon bimbit itu, beliau telah membuat pemeriksaan fizikal bagi memastikan telefon itu tiada kerosakan dan berfungsi dengan baik sebelum membuat analisis terhadap telefon bimbit itu pada tarikh yang sama.

Saya menjalankan proses ‘extraction’ ke atas barang kes (telefon bimbit) dengan menggunakan perisian XRY dan mengenal pasti data yang diperlukan oleh pegawai penyiasat,” katanya dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad hari ini.

Latifah berkata, beliau mengambil masa kira-kira tiga jam untuk membuat analisa kandungan yang terdapat dalam telefon bimbit itu sebelum menyalin data yang diperoleh itu ke dalam dua cakera padat PDRM yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan.

Katanya, satu CD itu tersimpan 436 gambar berserta empat rakaman video manakala satu CD lagi adalah 219 gambar tangkap layar daripada aplikasi WhatsApp.

Dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria, Latifah juga turut memberitahu bahawa hasil pemerhatiannya mendapati bahawa empat video yang ditayangkan dalam mahkamah pada hari ini tidak mengalami sebarang pengubahsuaian.

Hal ini kerana keempat-empat video daripada telefon bimbit yang dimainkan itu bergerak secara ‘frame by frame’ kerana video yang telah diubah suai akan mengalami satu situasi yang dikenali sebagai ‘jumping’.

Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan, antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung esok

Sumber:HM

Continue Reading

Trending