Terbaru – ” Kereta svspekk sudah ditemui dan Dia dibawa lari bot laju,..”.. Ketua Polis sah ini sebenarnya berlaku…

Ejen kosmetik diculik 3 lelaki, didakwa dibawa ke negara jiranTUMPAT: Seorang wanita yang juga ejen jualan kosmetik dipercayai diculik dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, di sini petang semalam.Mangsa, Rosnazirah Mohd Naim, 36, dilapor dilarikan tiga lelaki tidak dikenali pada jam 4.10 petang dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios.

(Gambar hiasan)

Warisnya yang enggan dikenali, ketika dihubungi, mendakwa tiga lelaki itu datang ke rumah sebelum seorang daripada mereka mengetuk pintu dan memberi salam.”Pintu dibuka oleh mangsa dan lelaki itu bertanya adakah mangsa bernama Azi. Mangsa mengiyakannya lalu dia terus diheret keluar dan dimasukkan ke dalam kereta.”Tiga lelaki itu didakwa turut menunjukkan pistol masing-masing kepada bapa dan anak.

“Bapanya yang melihat Azi diheret masuk ke dalam kereta cuba menyelamatkannya, namun seorang daripada lelaki itu didakwa turut mengacu sebilah pisau ‘Rambo’ menyebabkan bapa mangsa berundur dan hanya mampu melihat anaknya dilarikan,” katanya.Dia berkata, pihaknya menerima maklumat bahawa Rosnazirah dibawa ke arah Pengkalan Kubor, iaitu kawasan sempadan negara, menyebabkan suami mangsa bergegas ke sana, namun isterinya gagal ditemui.

“Ada penduduk setempat mendakwa nampak seorang wanita dibawa sekumpulan lelaki menaiki bot menuju negara jiran, Toyota Vios dinaiki mereka turut ditemukan di sebuah pangkalan haram di situ.”Suami mangsa menjejaki isterinya ke negara jiran dan belum pulang sehingga hari ini. Apa yang kami tahu, Azi tiada musuh dan kami juga tidak menerima sebarang panggilan meminta wang tebusan setakat ini.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah ketika mengesahkan polis menerima laporan berkaitan kejadian itu, berkata siasatan lanjut sedang dibuat dan menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

SUMBER– BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Isu Ebit Lew, Menteri Agama minta orang ramai ‘tak menangguk di air keruh’

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad meminta  orang ramai untuk …

Leave a Reply

Your email address will not be published.