Berita
Ikut Kekasih Balik Kg Di Amerlka, Mimi Fly Akhirnya Dedah Soal Hubungan Mereka..”Dah 3 Tahun Rupanya”

“Mereka baik sangat, mengalu-alukan saya, terbuka terima saya dan anggap macam keluarga.” Mimi Fly yang berkongsi mengenai penerimaan keluarga kekasihnya yang juga lelaki kulit hitam ketika bertemu mereka di Dallas, Amerika Syarikat, selama tiga minggu baru-baru ini. Disebabkan itu, ramai yang beranggapan Mimi sudah berkahwin dengan lelaki berusia 40 tahun itu yang juga seorang doktor pakar tulang.
Mimi, 36, atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham berkata, buat masa ini dia belum terfikir mengenai perkara itu selain seronok menjalani perhubungan jarak jauh sejak tiga tahun lalu. “Kami belum kahwin. Baru cuba mengenal hati budi dan jumpa keluarga dia. Gosip dah kahwin tak betul. Ada ketika saya fikir memang betul pun kalau dah kahwin takkan beritahu. Setakat ini saya okay dan baik-baik saja dengan perhubungan jarak jauh ini.
Saya tak ada nak fikir sangat mengenai kahwin ini. Sebab saya dah pernah kahwin sebelum ini dan bercerai. Apabila dah bercerai, saya tak fikir sangat soal kahwin. “Buat masa sekarang, perhubungan yang jarak jauh ini sangat menjadi untuk saya. Sebab boleh fokus kerja kemudian ambil cuti dan kami boleh berjumpa. Jadi, perhubungan sebegini sesuai dengan saya. Ia mengajar saya macam mana nak sesuaikan diri dengan pasangan dan layan pasangan.
Ditanya adakah dia masih trauma dengan perkahwinan terdahulu hingga membuatkan dirinya masih belum mahu berkahwin semula, Mimi berkata ia lebih kepada soal kepercayaan. “Bukan trauma, tapi isu kepercayaan. Saya dah pernah kahwin, jadi tahu ada fasa tertentu dalam perhubungan itu. Jadi selepas dah bercerai, saya nak ambil masa kalau nak kahwin lagi. Sebab sekarang saya mahu menikmati masa.
“Saya berjumpa dengan pasangan yang sama sibuk dengan saya. Dia doktor, jadi bila jumpa dia, keluarganya pun suka dan mereka layan saya dengan baik. Sekarang saya suka perhubungan macam ni, ia menarik. Tapi sampai situ lah dulu, tak adalah fikir nak kahwin lagi. Kami dah tiga tahun bersama, walaupun jarak jauh. Bagi saya, perhubungan ini menjadi walaupun ‘slow’,” katanya.
kredit:Info Rentas Malaysia
Berita
“Teman Sudah ditangkap.. “.. Dia guna pisau potong ayam..Ika Di bakar pukul 10malam semalam.. Rupanya sudah ada..

Update : Selesai siasatan awal.. berita lanjut???? masih mencari lagi rakan subahat/pelaku
sumber socmed; arwah perempuan berumur 21 tahun, yatim piatu yang baru kematian ibu.. dibakar dibunuh dah dibelah perut dengan tragis kerana perbalahan kerana telah mengandung kandungan luar nikah berusia 4 bulan.
Mayat terbakar di kebun kelapa sawit
Lelaki tikam, toreh, bakar kekasih hamil
SABAK BERNAM – Seorang lelaki diibaratkan dirasuk syaitan apabila bertindak kejam membunuh dan membakar teman wanitanya sebanyak dua kali di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar di sini.
Tindakan tidak berperikemanusian itu dilakukan suspek berusia 20 tahun selama dua hari bermula kelmarin selepas berlaku perselisihan faham berkaitan menyembunyikan kehamilan luar nikah mangsa yang berusia 21 tahun.
Selain memukul dan menoreh perut kekasihnya yang merupakan pelayan restoran itu, suspek juga dipercayai turut sempat membeli minyak petrol di stesen minyak untuk membakar mangsa .
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat mangsa, kira-kira pukul 8.15 pagi semalam.
Katanya, siasatan mendapati wanita yang hamil empat bulan itu dibawa suspek menaiki sebuah kereta sebelum dibunuh dan dibakar di kebun tersebut, kira-kira pukul 10 malam kelmarin.
“Namun, suspek kembali ke sekitar lokasi sama untuk sekali lagi membakar mangsa semalam dengan menaiki motosikal dan membawa tong berisi petrol.
“Lelaki yang mahu melupuskan mayat itu kemudian dipercayai membuang semua bahan bukti termasuk barangan mangsa di sekitar Jalan Lama Kuala Selangor,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di sini, hari ini.
Pasangan kekasih itu dipercayai menjalin hubungan sejak setahun lalu sebelum berlaku perbalahan akibat kehamilan tersebut.
Jelas Agus Salim, siasatan lanjut membawa kepada penahanan suspek dalam tempoh lima jam selepas penemuan mayat itu iaitu kira-kira pukul 1.45 petang hari sama di sebuah rumah sekitar Sungai Besar dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Tambah beliau, mayat mangsa yang terbakar 60 peratus ini masih berada di Hospital Sungai Buloh bagi proses bedah siasatan. – KOSMO! ONLINE
Berita
Anak sulung Rita Rudaini patah tangan

Pelakon popular, Rita Rudaini, 47, meminta netizen berhenti dari mengaitkan nama bekas suami, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak dengan kehidupannya bersama anak-anak.
Rita berkata, dia kini sudah hidup tenang dan bahagia bersama dua anaknya.
Rita berkata, dia juga bertanya kepada netizen apa jasa bekas suami kepada anak-anaknya sebelum ini.
“Adakah mereka pernah tengok saya ‘post’ (hantaran) sebarang hadiah atau pemberian daripada bekas suami kepada anak-anak sebelum ini? Tiada bukan?
“Justeru, saya minta netizen tidak lagi mengaitkan bekas suami dengan apa yang saya ‘post’ di media sosial mengenai anak-anak kerana tidak mahu mengganggu emosi mereka yang sedang membesar,” katanya kepada Harian Metro.
Ditanya mengenai kemalangan yang menimpa anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 14, yang dikongsi di Instagram, Rita berkata, Rayyan patah tangan ketika bermain bola sepak bersama rakan-rakannya di sekolah, minggu lalu.
“Pihak sekolah yang membawa Rayyan untuk mendapat rawatan di Hospital Tampin, Negeri Sembilan. Selepas tangannya yang patah itu disimen, saya menukarnya ke pusat perubatan di Kuala Lumpur.
“Selepas beberapa hari di rawat, Rayyan dibenarkan pulang ke rumah. Rayyan juga perlu menjalani fisioterapi setiap minggu di pusat perubatan itu.
“Buat masa ini, saya yang menjaga Rayyan di rumah sehingga keadaannya pulih sepenuhnya untuk kembali ke sekolah kerana dia tinggal di asrama,” katanya.
Rita berkata, Rayyan kini seolah-olah mengalami gangguan emosi disebabkan keadaan fizikal yang membataskan pergerakannya.
“Emosinya tak tentu juga. Kadang-kadang dia okey dan banyak cakap. Kadang-kadang tak nak bercakap langsung. Tertekan sebab sebelah tangan je boleh guna, susah untuk dia bergerak. Mujur saya kini tidak terbabit dengan penggambaran ketika ini dan dapat menjaganya di rumah,” katanya.
Selain Rayyan, Rita juga memiliki seorang lagi anak iaitu Airit Qaqa Arjuna, 12.
Sumber:HM
Berita
Bicara Ebit Lew: Ada 436 gambar dalam telefon bimbit

Saksi ketujuh perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa 436 keping gambar diperoleh daripada sebuah telefon bimbit jenama Samsung Galaxy A31 berkaitan kes itu yang dihantar ke makmal forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Juruanalisis Kanan Audio Video PDRM ASP Latifah Abdul Aziz, 43, berkata, selain gambar itu, terdapat empat rakaman video dan 219 gambar tangkap layar juga diperoleh daripada telefon bimbit berkenaan.
Latifah berkata, telefon bimbit yang disimpan dalam sampul surat berwarna putih itu telah dihantar ke makmal forensik PDRM Cheras Selangor pada 9 Ogos 2021, kira-kira 3.20 petang iaitu tempat beliau bertugas.
Setelah menerima telefon bimbit itu, beliau telah membuat pemeriksaan fizikal bagi memastikan telefon itu tiada kerosakan dan berfungsi dengan baik sebelum membuat analisis terhadap telefon bimbit itu pada tarikh yang sama.
Saya menjalankan proses ‘extraction’ ke atas barang kes (telefon bimbit) dengan menggunakan perisian XRY dan mengenal pasti data yang diperlukan oleh pegawai penyiasat,” katanya dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad hari ini.
Latifah berkata, beliau mengambil masa kira-kira tiga jam untuk membuat analisa kandungan yang terdapat dalam telefon bimbit itu sebelum menyalin data yang diperoleh itu ke dalam dua cakera padat PDRM yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan.
Katanya, satu CD itu tersimpan 436 gambar berserta empat rakaman video manakala satu CD lagi adalah 219 gambar tangkap layar daripada aplikasi WhatsApp.
Dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria, Latifah juga turut memberitahu bahawa hasil pemerhatiannya mendapati bahawa empat video yang ditayangkan dalam mahkamah pada hari ini tidak mengalami sebarang pengubahsuaian.
Hal ini kerana keempat-empat video daripada telefon bimbit yang dimainkan itu bergerak secara ‘frame by frame’ kerana video yang telah diubah suai akan mengalami satu situasi yang dikenali sebagai ‘jumping’.
Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan, antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan bersambung esok
Sumber:HM
-
Hiburan5 months ago
Tahniah.. Eman Manan & Ogy Akhirnya Disatukan Kembali? Ini Cinta Yg Terputus Tidak Dapat Diganti..
-
Hiburan5 months ago
Masih Ingat Pelakon Irma Hasmie? Selepas 11 tahun berkahwin,Tak sangka begini Kehidupannya skrg “ dah jadi macam ni”..
-
Hiburan2 months ago
Takda masalah, dia isteri kedua ayah..” Anak2 sudah jumpa Ira Kazar.. Tak sangka ini pendedahan Syamsul bila mereka berjumpa..
-
Hiburan3 months ago
“Latu request nak jafi Ratu”- Alha Alfa
-
Hiburan2 months ago
Nampak perubahan kamal..mereka pun masih takvt kerana..” Setelah kejadian Haritu, Ini keadaan terkini Kamal adli
-
Hiburan2 months ago
Sha adalah mngsa pndera4n..” Shil Amzah bongkar rahsla besar keluarga
-
Hiburan2 months ago
Ibu Syamsul titip pesan,, untuk puteri sarah buat n3tizen sebak
-
Hiburan2 months ago
Anak tlada MasaIah..dah tahu saya Nak bercerai.. Dia terus..” Baru je selesai mahkamah, Ini yg Ank sarah cakap