Menari Depan KLCC, Lucinta Luna Dedah Dia ‘Wanita Penghuni Syurga’

Nama penyanyi dan personaliti media sosial Indonesia, Lucinta Luna kerap menjadi bualan ramai termasuklah di Malaysia.

Mana tidaknya, dia juga pernah menjadi rakan duet usahawan tempatan, Datuk Seri Aliff Syukri dan Nursajat atau Muhammad Sajjad Kamaruzzaman untuk lagu berjudul Bobo Di Mana yang suatu ketika dahulu trending di kedua-dua buah negara.

Bukan itu sahaja, bahkan dia pernah mencipta kontroversi apabila sanggup membuat pembedahan plastik semata-mata memastikan wajahnya seiras dengan bintang terkenal antarabangsa seperti salah seorang ahli kumpulan Blackpink iaitu Jiso dan rupa artis Korea Selantan, Wonyoung.

Ini termasuklah menjalani pembedahan membuang halkum bagi menghilangkan suara garaunya sebagai seorang lelaki di salah sebuah hospital di Busan, Korea Selatan.

Terbaharu, Lucinta atau nama sebenarnya Muhammad Fattah kembali menarik perhatian ramai apabila tular sebuah video dirinya menari di hadapan me Menara Berkembar PETRONAS di Kuala Lumpur bersama rakannya.

Wanita wanita penghuni syurga

Bagaimanapun, kapsyen yang ditulisnya pada hantaran aplikasi TikTok itu menarik perhatian ramai.

“Wanita wanita penghuni syurga,”tulisnya di ruangan kapsyen hantaran tersebut.

Tinjauan di media sosial Instagram miliknya, kelihatan Lucinta bersama penyanyi dangdut kontroversi tempatan, Ifa Raziah dan usahawan kosmetik sensasi, Dato Seri Vida di hadapan pintu masuk sebuah pusat beli-belah terkemuka di Bukit Bintang.

SUMBER:Oh My Media

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Ya Allah, Aku Datang Dari Jauh”- Erra K0ngsi Peng4laman P4hit Semasa Mengerj4kan Umr4h

“kun fayakun” bermaksud jika Allah berkehendak, maka jadi lah ia. Perkongsian Erra Fazira tentang pengalaman pahitnya …

Leave a Reply

Your email address will not be published.