Al-Fatihah, Penyanyi Aman Shah Disahkan Menlggal Dunia Pagi Tadi. Ini Punca Kem4tian..

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon Aman Shah Abu Kassim meninggal dunia pada usia 68 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) sebentar tadi akibat masalah jantung. Berita sedih ini dikongsi oleh rakan-rakan penggiat seni antaranya komposer Fauzi Marzuki dan pelakon Anne Abdullah di media sosial Facebook masing-masing.  Anne memberitahu, Allahyarham berada dalam keadaan kritikal pagi tadi sebelum menghembuskan nafas terakhir selepas Zohor hari ini.

Sementara itu, Harian Metro berjaya menghubungi pelakon Lizawati Hamdan yang berada di IJN dan turut mengesahkan perkara terbabit.  “Saya baru melihat jenazahnya sebentar tadi. Allahyarham dimasukkan ke IJN sejak Rabu lalu dan punca kematiannya akibat masalah jantung,” katanya. Aman amat diingati peminat dengan lagunya Kepulangan Yang Dinanti yang sering dimainkan semasa ketibaan Hari Raya Aidilfitri.

terdahulu, dia sedang menjalani penggambaran drama bersiri dan telah mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II. Keadaan itu, jelasnya, menyebabkan beliau terpaksa menarik diri daripada drama tersebut dan digantikan dengan pelakon lain.
“Saya terpaksa menarik diri kerana keadaan kesihatan saya tidak mengizinkan. Saya agak kecewa juga tetapi apa boleh buat itu bukan rezeki saya,” ujarnya.

Sumber:hmetr0

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

 

About admin

Check Also

Bapa Pemain Ditamp4r Harap Jurul4tih Dikekalkan -“Kami Kenal Cikgu Hadee”

Sejak video seorang jurulatih menampar beberapa peserta remaja di satu kejohoan bola tampar tular di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *