Sambut ‘kembar’ dengan pelukan! Netizen kagum Fazura ‘humble’ layan wanita seiras… “Baik betul, patut la fans sayang dia”

AKHIRNYA dapat jumpa ‘kembar terpisah’!

Keputusan seorang wanita yang mirip pelakon Nur Fazura untuk menghadiri konsert Faztival Fazura 2022 di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad malam, adalah sangat tepat.

Dia bukan sahaja terhibur dengan persembahan penyanyi-penyanyi hebat termasuk dari Indonesia, malah berpeluang untuk bersua muka dengan Fazura sendiri.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh mStar (@mstaronlineofficial)

Berkongsi pengalaman manis, Ellya Farahanny Ridzuan berkata, Faztival Fazura 2022 merupakan konsert pertama yang dihadirinya.

Elle hadir memeriahkan konsert Faztival Fazura 2022. foto instagram shazwanfitri_photography

Hadir bersama suami, dia yang lebih mesra disapa Elle turut memeriahkan konsert yang berlangsung selama tiga jam itu bersama beberapa pengikutnya di aplikasi TikTok.

“Itu adalah pertama kali saya datang ke konsert. Persembahan daripada semua artis sangat okay, dengan sistem bunyi yang bagus. Saya benar-benar terhibur.

“Sebenarnya saya tidak dijanjikan untuk berjumpa dengan Fazura pun, tapi sudah tentu saya mahu berjumpa dengan Fazura sekiranya diberikan peluang,” katanya kepada mStar.

Elle (tengah) bersama pengikutnya dari aplikasi TikTok. foto instagram shazwanfitri_photography

Namun panggilan daripada pasukan yang bekerja dengan Fazura ternyata membuka peluang untuk menemui pelakon yang pernah dilabel sebagai wanita Melayu paling cantik di Malaysia.

“Saya memang keep in touch dengan team Fazura. Mereka kata ada peluang untuk jumpa Fazura selepas konsert.

“Konsert selesai sekitar pukul 12.20 tengah malam. Sekitar 1.30 pagi (Isnin), saya di luar Axiata Arena tunggu Fazura. Saya hanya cuba dan tak putus asa,” ujar wanita berusia 20-an itu.

Elle terhibur dengan persembahan yang disajikan dalam Faztival Fazura. foto instagram shazwanfitri_photography

Menurut wanita yang berasal dari Batu Gajah, Perak itu, pertemuan singkat selama lima minit bersama Fazura merupakan saat yang tidak dapat dilupakan.

“Masa tu, Fazura cakap akhirnya jumpa. Saya tergamam sebab dia sangat cantik malam tu. Aura Fazura lain macam, tak terkata saya dibuatnya.

Aura Fazura lain macam, tak terkata saya dibuatnya.

“Fazura sangat baik dan merendah diri. Saya puji dia macam princess, satu fenomena. Bagi saya malam tu adalah a night to remember,” katanya dengan nada teruja.

Terdahulu, Elle menjadi perhatian di media sosial gara-gara wajahnya, malah suara dan gaya percakapannya dilihat mempunyai persamaan dengan penyanyi lagu Sayangi Dirimu itu.

Elle menjadi perhatian kerana wajah, suara dan gaya percakapannya mirip Fazura.

Bersyukur kerana dianugerahkan wajah mirip Fazura, apa yang lebih membuatkan Elle terharu adalah keperibadian pelakon itu sendiri yang begitu disenangi.

“Saya sebenarnya dah plan kalau dapat jumpa Fazura, saya nak minta maaf dan tiada niat untuk menumpang popularitinya, tapi apabila dah jumpa terus tak terucap.

“Jujurnya saya bukan untuk meniru Fazura atau sesiapa pun. Saya hanya menjadi diri sendiri, tapi saya tahu ramai followers mengikuti saya kerana mirip wajah Fazura,” katanya sambil menambah terpukau dengan persembahan kumpulan Ruffedge dan Mulan Jameela.

Bagi ibu kepada seorang cahaya mata lelaki itu, dia bagaimanapun tetap menghargai sokongan para pengikutnya di laman sosial.

“Ada followers minta saya berlakon di dalam video TikTok ikut babak ikonik dalam mana-mana filem lakonan Fazura. Tapi kena study dulu, dan saya akan cuba.

Elle (kanan) merakamkan kenangan bersama sebahagian pengikutnya. foto instagram shazwanfitri_photography

“Saya menghargai followers kerana merekalah membawa saya ke tahap ini. Jadi, saya cuba tunaikan permintaan mereka,” katanya.

Dalam pada itu rata-rata netizen turut terharu dengan pertemuan berkenaan sambil memuji kedua-dua wanita tersebut.

“Baik betul Fazura ni, patut la fans sayang dia. Seriously memang sama muka korang seperti siblings.

Wah finally dah jumpa kembar sendiri.

So nice Fazura, sangat friendly walaupun baru jumpa. You are so lucky sis Elle,” komen beberapa netizen.

Konsert Faztival Fazura menampilkan persembahan hebat daripada Datuk M Nasir, Datuk Awie, Ella, Ruffedge, Zizi Kirana, Ippo Hafiz dan Amir Masdi, termasuk Mulan Jameela dan Ahmad Band serta Fazura sendiri.

sumber:mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Puteri Sarah Tak Rela Bermadu, Ulas Lakonan Jadi Isteri Tua Tiada Kena Mengena Dalam Hidup

Membawakan watak isteri pertama menerusi naskhah teater Maduku Terpaling Kalut, Puteri Sarah Liyana menegaskan karakter …

Leave a Reply

Your email address will not be published.