Reaksi Hamzah Susun Gambar Arwh Abam, buat Ramai Trsentuh

Tanggal 10 Februari 2020, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan pemergian pelawak terkenal, Allhyarham Abam Bocey. Berita tersebut sememangnya memberi kesan kepada kenalan rapat serta ahli keluarga terutamanya isteri tercinta, Nor Hidayah dan anak mereka yang baru berusia 9 bulan ketika itu.Bahagia walaupun pernah diuji…Bangklt mencari rezeki dan anak jadi penguat semangat.

Meskipun dahulu pernah alami kemelut bersama adik ipar, Ali Puteh, Hidayah tetap kelihatan bahagia membesarkan Hamzah seorang diri. Kehilangan suami tercinta itu dijadikan sebagai penguat semangat buatnya apabila dia dilihat aktif lakukan bisnes untuk menampung perbelanjaan sekeluarga. Susun gambar ayah dekat beg duit ibu, pandai anak ibu ni. Namun baru-baru ini, Hidayah telah berkongsikan satu video di Instagram yang cukup sedih.

Hamzah terlihat menyusun gambar Allahyarham Abam ke dalam dompet milik ibunya. Kanak-kanak yang berusia tiga tahun itu seakan masih mengingati ayahnya walaupun tidak mengerti apa-apa. Sejak dimuat naik, rakaman itu berjaya meraih Iebih puluhan ribu tontonan daripada netizen. Comelnya Hamzah, sebak rasa…semoga membesar dengan sihat dan berjaya. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji gelagat anaknya yang comel.

Selain itu, ada juga Iuahkan rasa sedih seakan-akan memahami situasi Hamzah dan mendoakan agar dia membesar dengan sihat serta berjaya. Susulan ini, Siti Nurhidayah mengusahakan perniagaan cempedak goreng di tepi jalan sejak Julai lalu bagi mengumpul duit untuk membuka sebuah kedai makan suatu hari nanti. Siti Nurhidayah, berkata, hasrat itu pernah disuarakan arwah suaminya itu yang merancang membuka sebuah kedai makan yang menyediakan menu masakan panas.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh hidayah_hamzah (@hidayah_hamzahh)

Bagaimanapun, katanya, hasrat itu tertangguh kerana anak mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey ketika itu masih bayi. “Arwah memang merancang hendak membuka sebuah kedai makan tapi hasratnya tidak kesampaian apabila dia terlebih dahulu menemui Ilahi. “Saya berusaha sedikit demi sedikit mengumpul duit dan kudrat yang ada untuk merealisasikan hasrat arwah suami dan seterusnya mengembangkan perniagaan kami,” katanya.

Sumber kisah dunia dan sinar harian.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Isu Ebit Lew, Menteri Agama minta orang ramai ‘tak menangguk di air keruh’

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad meminta  orang ramai untuk …

Leave a Reply

Your email address will not be published.