Jadikan Johan idola, Ryan Bakery terharu dapat jumpa -“Abang inspirasi saya”

Nama Ryan Bakery rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. TikToker yang kini sedang meningkat naik dengan pelbagai konten dilihat kian bersinar apabila muncul dalam beberapa program televisyen dan mendapat perhatian ramai.

Konten yang dibuat di media sosial berkenaan nostalgia kita di waktu kecil dan zaman persekolahan telah menarik perhatian ramai termasuklah barisan artis-artis terkenal.

Terharu jumpa Johan

Dalam perkongsian terbaru Ryan di Instagram, dia telah hadir ke tayangan perdana filem Ada Hantu 2 arahan Hairul Azreen dan berpeluang bertemu barisan idolanya.

Paling mencuri tumpuan sudah tentu posting TikToker itu ketika bertemu dengan Johan yang merupakan idolanya. Menurut pemuda tersebut, dia berasa sangat terharu kerana penyampai radio Hot FM berkenaan mengenalinya.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh ryanbakery (@ryanfahmibakery)

Menurutnya, dia mahu Johan tahu bawa pelawak itu adalah idolanya dan antara inspirasi sebagai seorang penghibur.

 “Saya nak abang johan tahu yang abang juga salah seorang idola saya ! Yang menjadi inspirasi sebagai seorang penghibur ! Terharu sebab abang johan kenal saya,” tulisnya.

“Abang sokong awak”

Menjengah ke ruangan komen, Johan juga sempat menitipkan pesanan kepada pemuda berkenaan dan berharap dia terus menghiburkan orang ramai serta tidak peduli dengan kecaman kerana kita tidak akan boleh memuaskan hati setiap orang.

Dua2 jadi idola ramai

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berasa gembira melihat perkongsian TikToker berkenaan kerana mereka juga meminati Johan.

Ada juga akui berasa sebak melihat posting yang dibuat Ryan kerana memahami perasaannya yang dapat bertemu idola di depan mata.

Aduhh ramai yang sebak sama

Macam tulah kami bila kau kenal hang

Salute! Dah terkenal tetap humble

Sumber: Instagram Ryan Bakery 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Puteri Sarah Tak Rela Bermadu, Ulas Lakonan Jadi Isteri Tua Tiada Kena Mengena Dalam Hidup

Membawakan watak isteri pertama menerusi naskhah teater Maduku Terpaling Kalut, Puteri Sarah Liyana menegaskan karakter …

Leave a Reply

Your email address will not be published.