Kejayaan demi kebahagian, satu ungkapan azimat yang sering dijadikan motivasi buat Hafiz Mahamad untuk terus bekerja keras. Selain itu influencer dan usahawan ini turut dikenali ramai kerana sering menghargai isteri tercinta, Shafiqah Aina serta anak-anak mereka.
Di saat isteri baru habis pantang, 2 hari sahaja dapat spend time…esok saya ke Indonesia atas urusan kerja
Beberapa hari lepas, Hafiz Mahamad dilihat sempat meluangkan masa bersama Aina yang baru sahaja selesai tempoh berpantang. Selepas 2 hari luangkan masa bersama keluarga tercinta, kini dia terpaksa berangkat ke Indonesia atas urusan kerja di sana.
Lihat siaran ini di Instagram
Aku malu jika aku malas, sedang kau melahirkan anak-anak…izinkan kudratku bergerak untuk buktikan aku suami yang baik
Menerusi video terbaharu di Instagramnya, Hafiz Mahamad luahkan dirinya malu jika digelar suami pemalas. Hal ini kerana, isterinya telah menggadai hayatnya demi melahirkan anak-anak di samping selalu berusaha dalam dunia perniagaan. Justeru itu, usahawan tersebut berjanji untuk bekerja lebih keras sekali gus menjadi contoh inspirasi kepada zuriatnya kelak.
Lihat siaran ini di Instagram
Selalu hargai anak isteri, ladang pahala suami…semoga Hafiz diberi kudrat untuk terus berjuang
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terinspirasi dengan rasa tanggungjawab Hafiz Mahamad selaku ketua keluarga. Di samping itu, mereka juga menitipkan doa kepadanya agar terus berjaya demi family tercinta dan urusan perniagaannya.
Kredit : Instagram Hafiz Mahamad
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.