Fesyen dikritik walau harga ratusan ribu, Cik B balas – “Ada masalah ke?”

Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B membidas seorang individu yang mengkritiknya tiada cita rasa dalam mengenakan ‘Oufit Of The Day’ (OOTD) jenama mewah.

Menurut Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen, dia tiada niat untuk menunjuk-nunjuk selepas tular foto OOTD yang mencecah jumlah RM657,750 itu baru-baru ini.

Cik B berkata, dia hanya melakukan padanan seperti ‘mix and match’ daripada koleksi fesyen dimiliknya asalkan selesa untuk digayakan.

“Baju tu beli tahun lepas tahun ni baru first time pakai. Cik B main rembat je apa dalam almari asalkan selesa.
“Bukan nak flex (menunjuk) atau style sangat pun hehe. Kenapa semua panas? Ada masalah ke?,” tulisnya menerusi satu ciapan di laman Twitter.

Malah, remaja berusia 17 tahun itu sempat berseloroh mengatakan semua pakaiannya sebelum ini dibeli secara ‘bundle’.

Dia juga bergurau kononnya baju berjenama mewah itu akan rosak sekiranya dibiarkan dalam almari, jadi lebih baik digayakan saja.

Btw baju Cik B sebelum ni semua bundle. Kalau tak pakai baju Dior tu kang rosak pulak terbiar dalam almari je,” katanya yang juga seorang penyanyi.

Difahamkan, individu tersebut menyifatkan Cik B seorang yang ‘tasteless’ meskipun hidup dalam kemewahan dan bergelar anak jutawan kosmetik.

“Memang yang kaya raya banyak wang ni tasteless ke? Serabut je tengok,” ujar individu berkenaan.

Terdahulu, foto OOTD tersebut dihasilkan oleh akaun Twitter @beastlab_ yang menyenaraikan harga aksesori dan fesyen pelbagai jenama mewah yang dipakai artis tempatan.

Sumber: Twitter & Instagram Cik B

About admin

Check Also

“Ya Allah, Aku Datang Dari Jauh”- Erra K0ngsi Peng4laman P4hit Semasa Mengerj4kan Umr4h

“kun fayakun” bermaksud jika Allah berkehendak, maka jadi lah ia. Perkongsian Erra Fazira tentang pengalaman pahitnya …

Leave a Reply

Your email address will not be published.