Sebelum ini, tular sebuah video di laman sosial apabila penyanyi sensasi, Ifa Raziah meluahkan rasa sebak dan terharu apabila dia akhirnya berpeluang untuk berjumpa dengan pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun telah menjadi bualan netizen. Mana tidaknya, Ifa memaklumkan dia sudah lama menyimpan hasrat untuk berjumpa dengan Ustazah Asma’ tidak menyangka pihak Dexandra telah merancang untuk melakukan kejutan buat dirinya.
Pun begitu, berlainan pula isunya kali ini. Menerusi sebuah temu bual bersama Media Hiburan, dia memaklumkan berasa bangga apabila pendakwah bebas terkenal, ustazah Asma’ Harun datang sendiri berjumpanya untuk meminta maaf yang pernah menegur Ifa mengenai hukum agama. “Seorang pendakwah, ustazah Asma’ Harun datang sendiri berjumpa dengan saya setelah selar saya sebagai seorang wanita istidraj di media sosial”.
“Pendakwah tau yang datang minta maaf,” ujarnya. Malah, difahamkan juga, pertemuan antara dia dan ustazah Asma’ Harun adalah sesuatu yang tidak dirancang memandangkan mereka berada di sebuah lokasi yang sama pada ketika itu. Angkuh betul la dia ni. Penjelasan yang diberikan oleh Ifa ini turut dimuat naik di laman TikTok oleh seorang pengguna @Miraqalesya@2606 yang tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh penyanyi yang berusia 47 tahun itu.
Bukan itu sahaja, rata-rata netizen seakan muak dengan sikap sombong yang ditunjukkan oleh Ifa yang sering menimbulkan drama terbaharu yang boleh mengundang kemarahan orang ramai. “dasyat dia tersasar,ya Allah takutnya Allah rentap semua sekelip mata,Kita dedo dengar”. “Jgn berurusan lah dengan org mcm ni.. Lantak dia la nk buat apa pun.. Jgn di tegor”
“Ustazah minta maaf sebab beliau adalah orang yang beradab” Bahkan, majoriti netizen mengatakan niat asal ustazah Asma’ Harun meminta maaf adalah untuk menjernihkan kembali keadaan sebelum ini.
Sumber Ohmy media.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.