“Saya doakan perkahwinan yang berlangsung di Thailand itu berkekalan”- Bekas isteri pakar saham

Bekas isteri kepada Pakar Pelaburan Saham, Pengurus Kewangan Bertauliah dan Penganalisis Ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan iaitu Atielia De Sams tampil menzahirkan ucapan tahniah buat bekas suaminya itu yang telah bernikah bersama pelajarnya, Jumaat lalu.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Atielia di laman Facebooknya, dia meluahkan rasa kecewanya dan mendoakan agar perkahwinan kali kedua bekas suaminya itu yang dipercayai dilakukan di Thailand kekal sehingga akhir hayat.

“Selamat pengantin baru buat bekas suami ku yang telah hidup selama 20 tahun dan kenal 22 tahun. Tiada keserasian pada waktu di puncak kesenangan kan abang?
“Waktu susah dulu susah senang sama-sama. Saya mendoakan perkahwinan yang telah berlangsung di Thailand berkekalan sampai akhir hayat. Harap tiada lagi drama-drama skandal lain dalam perkahwinan yang baru ini, aamiin,” katanya.

Bukan itu sahaja, ucapan tahniah yang diberikan pada 5 September itu tidak kesampaian apabila dia telah disekat oleh bekas suaminya di laman Facebook.

Malah, dia meminta agar bekas suaminya itu menjadi diri sendiri dan tidak perlu berpura-pura kerana bimbang akan berlaku sesuatu yang memakan diri sendiri.

“Saya letak (ucapan) kat Facebook sebab nak beri ucapan kat bekas suami tapi dah kena sekat. Tak apalah. Hidup ini jangan banyak berpusing-pusing, takut nanti terjerat diri sendiri.
“Jadilah diri sendiri itu lebih baik. Banyak yang saya simpan, tapi semoga Allah sahaja yang akan membalas semuanya. Ye, semuanya,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Atielia juga menitipkan pesanan buat Nazri supaya melangsaikan segala tuntutannya dengan baik tanpa menimbulkan sebarang masalah.

“Selesaikan tuntutan saya dan jangan triggered saya benda yang tak perlu saya jelaskan panjang lebar. Hidup ini mudah, jangan kacau saya je.
“Buat kenyataan biar betul. Itu je, mentang-mentang saya tak ada stage, tak perlu buat kenyataan macam saya ni tak ada pemberi maklumat. Terima kasih,” ujarnya.

Untuk info, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan, 47, selamat bernikah bersama pilihan hati,  Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari, 25 pada Jumaat lalu.

Sumber: Facebook @Atielia De Sams

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Puteri Sarah Tak Rela Bermadu, Ulas Lakonan Jadi Isteri Tua Tiada Kena Mengena Dalam Hidup

Membawakan watak isteri pertama menerusi naskhah teater Maduku Terpaling Kalut, Puteri Sarah Liyana menegaskan karakter …

Leave a Reply

Your email address will not be published.